Tak puas hati Kertas 3 BI punah, pelajar SPM dapat kesan 'Mariam' si Tiktoker, kini buru 'Kamal'


Sis Madu! (tengah) dan dua pelajar kiri dan kanan yang memperlekehkan gaya badutnya.

KECOH apabila audio Ujian Mendengar Kertas 3 Bahasa Inggeris Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diadakan pada Khamis lalu didakwa tidak berkualiti.

Sebutan percakapan tidak jelas di dalam audio tersebut menyebabkan ribuan calon SPM tertekan.

Lantaran itu, ramai di antara mereka menggunakan platform TikTok sebagai medium bagi meluahkan kekecewaan tersebut, berikutan tidak berpuas hati dengan cara pengendalian kertas berkenaan.

Berdasarkan tinjauan Majoriti, seorang wanita yang menggunakan akaun Sis Madu! mengaku sebagai pemilik suara latar (voice over), yang memegang watak Mariam menerusi audio ujian yang penuh kontroversi itu.

template - 2023-02-18T161830.239

Tangkap layar perbualan antara seorang pelajar dan pempengaruh tersebut.

Pengakuan itu dibuat setelah ditanya oleh salah seorang pengguna yang dipercayai pelajar SPM yang mengecam suaranya.

Sejak identiti sebenar 'Mariam' dikenal pasti, ramai dalam kalangan pelajar memuat naik video menconteng muka merujuk kepada pempengaruh yang dilantik Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) itu seperti mana posting laman sosialnya.

Tidak sekadar menconteng muka seperti badut (joker), akaun Sis Madu! turut dihujani pelbagai sindiran, selepas percakapannya di dalam audio tersebut dianggap seolah-olah penyanyi rap kerana menggunakan intonasi laju.

Yyuu menulis: "So this is Mariam? Just want to say that your rap is so amazing. Saya terkedu lalu terkaku mendengarnya."

Tambah nothing here: "Boleh pula cakap betul-betul, tadi kat dalam dewan macam rapper."

Melur berkata: "Mariam, sampai hati you cakap laju-laju."

Ujar Syaza: "Sis kenapa speaking laju sangat."

Tulis Leo: "Miss Mariam, tolong belajar semula kelas khas untuk belajar sebutan."

Sementara itu, selepas berjaya mengesan 'Mariam', tentera netizen tidak duduk diam sebaliknya terus memburu seorang lagi individu yang memegang watak sebagai Kamal di dalam audio ujian terbabit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram