[VIDEO] Didakwa terpulas stereng, 2 beradik mati tersepit, bayi antara parah di Kota Tinggi


  • 112
  • Khamis, 01 Feb 2024

Dua beradik dilaporkan maut dalam insiden kemalangan membabitkan sebuah trak pikap dan kereta di Jalan Kota Tinggi ke Penawar berhampiran FELDA Air Tawar 3, Kota Tinggi, Johor pada Khamis. — Ihsan Bomba

SATU kemalangan maut membabitkan kereta dan trak pikap dilaporkan berlaku di Jalan Kota Tinggi ke Penawar berhampiran FELDA Air Tawar 3, Kota Tinggi, Johor pada Khamis.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor berkata, kemalangan itu membabitkan lima mangsa yang menaiki trak pikap Toyota Hilux dan kereta Proton Wira dengan dua beradik disahkan mati di lokasi kejadian.

Mangsa yang maut adalah dua beradik iaitu Mohamad Syahriel Aiman, 22, dan Nurul Saidatul Akmar Darwis, 36, yang menaiki Proton Wira.

BACA LAGI: [VIDEO] Guru maut nahas ngeri di Kota Tinggi

BACA LAGI: [VIDEO] Hajat bergelar guru tak kesampaian, pelajar UPSI maut dirempuh Myvi

"Pemandu Toyota Hilux, Suano Jamarin berusia 57 tahun hanya mengalami cedera ringan manakala dua lagi mangsa yang cedera parah adalah Rukiah Mohd Alwee, 61, dan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima bulan.

"Bomba menerima panggilan kecemasan pukul 10.33 pagi dan sebuah jentera bersama tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi bergegas ke tempat kejadian.

"Dua daripada mangsa maut di tempat kejadian, dua lagi cedera parah dan seorang cedera ringan," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian hadapan kereta jenis Proton Wira dan menyerahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut manakala mangsa yang mengalami kecederaan dihantar ke hospital berdekatan.

Dalam pada itu, kemalangan terbabit didakwa berpunca akibat stereng Hilux terpulas lalu hilang kawalan yang sekali gus mengakibatkan kemalangan di laluan berkenaan.

Namun, perkara iu masih belum dapat disahkan pihak polis dan orang ramai dinasihatkan supaya sentiaa berhati-hati ketika memandu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram