SEORANG pekerja restoran mamak didakwa berpelakuan jijik apabila dirakam membuang air kecil di tepi longkang berhampiran premisnya dekat Jalan Hang Tuah, Melaka pada Khamis.
Situasi itu dirakamkan menerusi satu video tular di laman media yang menyaksikan individu berkenaan tanpa segan silu melakukan perbuatan itu di khalayak ramai.
Kelihatan lengkap memakai apron dan penutup kepala, lelaki berkenaan dipercayai merupakan salah seorang tukang masak di restoran terbabit.
Ia sekali gus mencetuskan kemarahan warganet yang rata-ratanya menggesa agar individu terbabit ditahan polis.
BACA LAGI: [VIDEO] Celup pinggan dalam tong sampah, pekerja restoran berperangai 'jijik' dirakam di Klang
BACA LAGI: [VIDEO] 'Nyanyi tak ingat dunia', pekerja terkejut jumpa najis atas sofa pusat karaoke di JB
"Ini memang pengotor, lepas itu terus buat roti canai dengan cedok nasi berlauk, naya siapa yang makan," kata NordinnAzxian.
"Perangai jijik macam ini memang buat aku rasa geli nak jejak kaki ke restoran mamak dah, disebabkan dia seorang habis perniagaan orang lain," ujar Syahdiney24.
"Mesti tak basuh lepas itu terus buat roti canai, mee goreng bagi orang makan, jijik naik loya tekak aku," tambah Roslan Ramli.
Dalam pada itu, segelintir warganet turut mendakwa pelaku merupakan seorang pekerja warga asing namun perkara itu tidak dapat disahkan.
Belum ada sebarang kenyataan polis ataupun Kementeran Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung hal itu setakat ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai berhampiran untuk membuat laporan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram