[VIDEO] Bukan 'first time', restoran mamak Melaka kantoi pekerja kencing tepi longkang diarah tutup kali ketiga


  • 112
  • Jumaat, 02 Feb 2024

Tangkap layar seorang pekerja restoran mamak didakwa membuang air kecil di tepi longkang berhampiran premisnya dekat Jalan Hang Tuah, Melaka pada Khamis.

JABATAN Kesihatan Negeri (JKN) mengarahkan sebuah restoran mamak di Jalan Hang Tuah, Melaka ditutup selama 14 hari.

Arahan itu dikeluarkan selepas pemeriksaan mengejut pada petang Khamis susulan tular video jijik memaparkan aksi salah seorang pekerjanya dipercayai membuang air kecil di longkang berhampiran premis.

Timbalan Pengarah JKN (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan), Dorothy Dayang Henry Sum dilaporkan berkata, hasil pemeriksaan mendapati restoran tersebut tidak mencapai markah kebersihan ditetapkan.

“Premis ini juga dikenakan empat notis kompaun berjumlah RM1,500 termasuk dua notis di bawah Peraturan 33 berkaitan kebersihan diri pekerja.

“Siasatan juga mengesahkan lelaki yang tular dalam video berkenaan adalah pekerja restoran tersebut," katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] Pekerja restoran mamak didakwa selamba kencing tepi longkang di Melaka

BACA LAGI: [VIDEO] Lagi kes kedai mamak pengotor, selamba cef gaul ayam atas jalan tar di Klang

Jelas beliau, hasil siasatan juga mendapati pemilik restoran berkenaan turut menyewa bangunan bersebelahan yang dijadikan stor penyimpanan barang.

Katanya, lokasi tersebut juga didapati berada dalam keadaan kotor.

“Kami mendapati tandas di dalam stor itu tidak mempunyai bekalan air, berselerak dan dipenuhi puntung rokok.

“Sepatutnya premis makanan perlu mempunyai tandas untuk kemudahan pelanggan dan pekerja bukannya seperti ini tandas disediakan dalam stor yang tiada bekalan air.

“Keadaan ini menyebabkan pekerja terpaksa pergi ke tempat lain menggantikan fungsi tandas," tambahnya.

Untuk rekod, restoran terbabit juga pernah diarahkan tutup sebanyak dua kali pada tahun 2022 atas faktor kotor, namun terus mengulangi kesalahan yang sama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram