[VIDEO] Dah hampir licin makan di kedai mamak Kuantan, pelanggan baru tersedar ayam goreng berulat


  • Tular
  • Selasa, 02 Mei 2023

Tangkap layar video memaparkan beberapa ekor ulat yang ada pada seketul ayam yang baru dijamah di sebuah kedai mamak. — Facebook/Fendi Shizu

SUDAH jatuh ditimpa tangga, seorang pelanggan meluahkan rasa kesal apabila terjumpa ulat dalam ayam goreng yang dijamahnya di sebuah kedai mamak dipercayai di Kuantan, Pahang.

Video berdurasi tiga minit itu dimuat naik oleh pengguna Facebook bernama Fendi Shizu pada Isnin memaparkan situasi di mana dia menegur salah seorang pelayan yang bekerja di kedai mamak berkenaan mengenai makanan yang dijamahnya.

Dalam video berkenaan, Fendi meminta agar pekerja berkenaan memanggil pemilik premis tersebut, namun pihak terbabit tidak memberikan kerjasama.

"Jarang aku nak post perkara macam ini sejak beberapa tahun ni. Dan kalau tengok video ini, dah cukup sabar dan baik aku bercakap.

"Tapi langsung tak beri kerjasama, buat tak tahu sahaja. Kalau Fendi yang dulu ni, entah apa yang jadi semalam (Isnin) di kedai mamak tu.

"Esok aku buat report (laporan) ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam hantaran tersebut pada Isnin.

Sebelum ini, Majoriti pernah melaporkan insiden sama di sebuah restoran di Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur yang didakwa gagal mengekalkan kebersihan penyediaan makanan dan minuman di premisnya apabila menghidangkan bekas yang kotor dan berbau busuk kepada pelangan.

Perkongsian dimuat naik di laman Twitter menyaksikan restoran berkenaan menggunakan bekas pasu yang terpakai dan dikatakan berbau seperti sampah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram