[VIDEO] Celup pinggan dalam tong sampah, pekerja restoran berperangai 'jijik' dirakam di Klang


  • Tular
  • Selasa, 09 Jan 2024

Tangkap layar seorang pekerja restoran didakwa mencuci pinggan dalam air yang terisi di tong sampah dekat Taman Botanik, Klang, Selangor baru-baru ini.

JIJIK dan pengotor. Itu dua perkara yang boleh diungkapkan menerusi satu video tular memaparkan perbuatan seorang pekerja restoran dipercayai mencelup pinggan kotor ke dalam air yang terisi di tong sampah dekat Taman Botanik, Klang, Selangor baru-baru ini.

Video berdurasi 22 saat itu dirakamkan seorang pengguna Twitter, Elyas Yusri yang dikatakan secara kebetulan berada di sekitar kawasan kedai makan tersebut.

"Kita ni dah lah selalu lepak situ, sekali nampak benda macam ini depan mata nak muntah. Basuh pinggan celup-celup dalam tong sampah.

BACA LAGI: [VIDEO] Pelanggan kesal terima 'teh o ais mangkuk' kotor, berbau sampah di Bandar Tun Razak

"Terkaku lidah, nah korang tengok lah sendiri, tak ada lah tekak aku seorang loya," ciapnya pada Ahad.

Sehubungan itu, Elyas memaklumkan dia segera menegur pekerja terbabit sambil merakam situasi tersebut dengan lebih dekat sehingga menampakkan air kotor yang bertakung di dalam tong sampah berkenaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Tikus jilat garfu di kedai mamak, warga maya terlebih fokus pasal aksi comel daripada bahaya

"Untuk pengetahuan semua, aku tegur terus, pekerja itu boleh cakap, oh tong sampah itu untuk rendam sahaja. Berderau darah aku.

"Kalau ya pun beli lah besen besar ke apa, aku tak nak sebut nama kedai. Tapi dia dekat Bandar Botanik, Klang, kedai ‘corner lot’,” jelasnya.

Situasi itu mengundang rasa mual dalam kalangan warganet yang nyata kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab individu terbabit.

Belum ada sebarang kenyataan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung hal itu setakat ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil melaporkan hal tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram