[VIDEO] 'Nyanyi tak ingat dunia', pekerja terkejut jumpa najis atas sofa pusat karaoke di JB


  • Tular
  • Rabu, 02 Ogos 2023

Tangkap layar sebuah bilik karaoke di Johor Bahru dicemari dengan najis.

JIJIK dan pengotor. Itu situasi yang boleh digambarkan menerusi insiden yang berlaku di sebuah pusat karaoke dekat Johor Bahru, Johor pada Ahad lalu.

Ia susulan penemuan najis pada sofa sebuah pusat hiburan keluarga tersebut yang dipercayai angkara pengunjung di premis berkenaan.

Salah seorang pekerja di situ memuat naik video perkongsian itu di laman media dengan penuh rasa geram dan marah atas kejadian terbabit.

Paling mencuri perhatian, beberapa buah tandas turut kelihatan tidak jauh dari bilik tersebut yang sekali gus mengundang kecaman dalam kalangan warganet.

Menyifatkan ia sebagai satu perbuatan yang tidak senonoh, si perakam nyata kecewa dengan tindakan segelintir pengunjung yang bersikap sedemikian.

Meraih lebih 10,000 jumlah tontonan setakat ini, segelintir warganet turut berpendapat ia merupakan najis kucing.

"Ni mesti nyanyi tak ingat dunia, sampai tercirit atas sofa, memang pengotor punya orang," kata Ilyas Ahmad.

"Tandas dekat je kalau tengok betul-betul dalam video ini, tapi kenapa kena buang dalam bilik juga, pengotor, ada pula yang kena bersihkan," ujar Ramli994.

"Macam najis kucing pun ada, tapi apa-apa pun ia tetap kotor dan busuk, geli la kalau nak duduk atas sofa macam itu, bilik pula gelap tak nampak," jelas Syairahhana.

Dalam pada itu, identiti si pelaku tidak dinyatakan dalam perkongsian tersebut dengan kelibatnya juga tiada dalam semakan kamera CCTV di premis berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram