[VIDEO] Cubaan curi iPhone gagal, lelaki merayu dibebaskan lepas terkurung dalam kedai


  • Benua
  • Khamis, 01 Feb 2024

Tangkap layar seorang lelaki cuba melarikan sebuah telefon pintar jenis iPhone dari sebuah premis di Dewsbury, West Yorkshire, England.

TINDAKAN seorang lelaki yang cuba mencuri telefon pintar dari sebuah premis gajet memakan diri apabila perbuatannya disedari pemilik kedai di Dewsbury, West Yorkshire, England pada 4 December 2022.

Ketika kejadian, pelaku terlebih dahulu memasuki premis berkenaan dan berpura-pura sebagai pembeli di kaunter.

Sebaik meminta untuk melihat sebuah telefon jenis iPhone, lelaki berjaket biru gelap itu terus memecut ke arah pintu keluar dan melarikan peranti pintar tersebut.

Namun, malang menimpanya apabila pintu premis berkenaan telah pun dikunci sekali gus menggagalkan niat jahatnya.

BACA LAGI: Gara-gara tak dapat iPhone 15, pelanggan belasah pekerja sampai koyak baju

BACA LAGI: [VIDEO] Disangka iPhone 13, wanita terkejut terima bungkusan berisi batu

Akur dengan kesalahannya, lelaki terbabit kemudiannya menyerahkan semula telefon yang dicuri dan merayu untuk dibebaskan.

Dalam pada itu, kelicikan pemilik premis berkenaan yang bijak menghidu perbuatan jahat si pelaku terbongkar apabila dia mempunyai sejenis butang kawalan jarak jauh di bawah kaunternya.

Afzal Adam, 52, berkata, dia telah memasang peranti canggih itu sejak 2020.

"Dia memakai topeng, jadi saya bimbang kerana tidak dapat mengenal pasti identiti serta wajahnya.

"Pencuri itu cuba melarikan telefon pintar yang berharga AS$1,600 (RM7,568).

"Selepas daripada kejadian itu, pemilik kedai yang lain masuk ke premis saya dan bertanya tentang peralatan tersembunyi itu kerana mereka juga mahu memasangnya," katanya.

Selang beberapa hari kemudian, Afzal Adam menerusi hantaran di laman Instagram peribadinya berharap agar dipertemukan semula dengan pencuri berkenaan.

Jelasnya, individu itu mungkin antara warga Britain yang dilanda krisis kos sara hidup dan masalah kewangan yang sangat teruk.

"Kita semua melalui masa yang sangat sukar ketika ini, jika awak bergelut untuk mendapatkan makanan sila datang dan melawat kami di kedai, kami akan bantu.

"Kepada pihak yang bertanya kenapa kami tidak memukulnya, keganasan bukanlah jawapannya," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram