[VIDEO] Tiga maut, 5 kritikal tertimbus bangunan runtuh dekat lapangan terbang


  • Benua
  • Khamis, 01 Feb 2024

Sebuah bangunan dilaporkan runtuh berhampiran Lapangan Terbang Boise, Idaho, Amerika Syarikat pada Rabu. — Agensi

TIGA individu dilaporkan maut manakala lima lagi dalam keadaan kritikal selepas sebuah bangunan dalam pembinaan berhampiran Lapangan Terbang Boise, Idaho, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan runtuh pada Rabu.

Ketua Bahagian Operasi Bomba Boise, Aaron Hummel berkata, satu keruntuhan besar membabitkan struktur logam berlaku di tapak pembinaan tersebut.

"Pihak bomba menemukan situasi yang sangat buruk dan berusaha untuk menyelamatkan kesemua mangsa terlibat.

Tiga maut di lokasi kejadian manakala sembilan individu cedera parah," katanya menerusi kenyataan.

Lima daripadanya dilaporkan sedang kritikal dan menerima rawatan lanjut di hospital.

BACA LAGI: Dua tragedi ragut nyawa, ini 4 insiden runtuhan tak terduga berlaku di Malaysia tahun ini

BACA LAGI: [VIDEO] Kes runtuhan di Bayan Lepas: 3 disahkan maut, 4 dikhuatiri masih tertimbus

Dalam pada itu, pihak berkuasa AS melaporkan kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5.00 petang.

Anggota kecemasan termasuk lapan buah jentera bomba, tiga buah kren dan 12 buah kenderaan ambulans diarahkan ke lokasi kejadian.

Syarikat penerbangan Jackson Jet Centre menerusi kenyataannya berkata, sebuah hangar keluli seluas 39,000 kaki persegi dalam pembinaan telah runtuh dalam kejadian tersebut.

"Kami amat bersimpati dengan semua insan yang terkesan dengan insiden berlaku.

"Jutaan terima kasih diucapkan atas bantuan diberikan pihak polis, bomba dan paramedik yang bersama-sama tampil membantu menyelamatkan mangsa," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram