BOMBA mengambil masa lebih tiga jam sebelum berjaya memadamkan sebuah blok di Sekolah Kebangsaan (SK) Senderut, Pos Senderut, Kuala Lipis, Kuantan, Pahang yang rentung dalam kebakaran pada Rabu malam.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, walaupun bangunan itu musnah sepenuhnya, tiada mangsa dilaporkan terlibat.
BACA LAGI: [VIDEO] Pengunjung mall popular di Puchong panik, dekorasi Tahun Baharu Cina tiba-tiba terbakar
BACA LAGI: [VIDEO] Kilang di Kuala Muda dijilat api, bunyi kebakaran boleh didengar sejauh 3km
"Bomba menerima panggilan kecemasan pukul 10.29 malam, bagaimanapun perjalanan ke lokasi kejadian mengambil masa tiga jam 17 minit kerana hanya boleh diakses menggunakan kenderaan pacuan empat roda.
"Bomba menggunakan sumber air terbuka dan api berjaya dikawal pada pukul 3.23 pagi sebelum operasi ditamatkan pada 4.53 pagi," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Zulfadli berkata, operasi terbabit melibatkan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Koyan, Kuala Lipis, kira-kira 47 kilometer (km) dari lokasi kejadian, sebelum mendapat bantuan dari BBP Raub, sekitar 70 km dari SK Senderut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram