DUA lelaki mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan gaduh gempar di tempat awam di Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor pada Khamis.
S Lohes, 38, dan K Sivanathan, 40, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin.
Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama empat yang masih bebas melakukan gaduh gempar dengan melakukan kekecohan dan bergaduh sehingga mengganggu ketenteraman awam.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di Taman Impian Emas dekat Skudai, Johor sekitar pukul 11.50 malam pada 26 Januari lalu.
Kedua-dua tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara hingga enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
BACA LAGI : [VIDEO] Siap ada 'commentator', tak puas hati punca buat kecoh, bergaduh dalam kedai makan di JB
BACA LAGI : [VIDEO] Perlahan-lahan rebah, wanita maut ketika latihan senamrobik kempen pilihan raya
Pendakwaan dikendalikan Nur Aqillah Ahmad Rofaei manakala tertuduh K Sivanathan diwakili peguam Amarpreet Singh.
Ketika prosiding, Amarpreet meminta agar anak guamnya yang merupakan peniaga gerai makan dikurangkan denda kerana menghidap penyakit pundi hempedu.
Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh didenda sebanyak RM500 setiap seorang.
Sebelum ini, Majoriti melaporkan kejadian pergaduhan sekumpulan lelaki bergaduh di hadapan restoran di Taman Impian Emas sebelum tular di media sosial.
Polis berjaya polis menahan dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan tersebut dan kemudian direman selama empat hari bagi membantu siasatan. — The Star/VENESA DEVI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram