SALAH seorang peserta wanita dilaporkan meninggal dunia semasa menjalani latihan senamrobik di Surabaya, Indonesia dalam kejadian pada Rabu.
Insiden tersebut sempat dirakam oleh individu yang berada di tempat kejadian sebelum dikongsikan di media sosial hingga menjadi tular.
Difahamkan, latihan yang dikenali dengan nama Senam Gemoy tersebut adalah sebagai persiapan bagi menyokong gandingan calon Presiden dan Naib Presiden, Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming dalam kempen Pilihan Raya Presiden Indonesia.
BACA LAGI: Peserta wanita triathlon kritikal di HSM disahkan meninggal dunia
BACA LAGI: [VIDEO] Ahli keluarga meraung temui wanita meninggal dunia dipatuk ular sungai
Berdasarkan video itu, kelihatan wanita tersebut yang memakai kemeja putih dan bertudung biru bergerak mengikut rentak muzik yang kuat dengan penuh semangat.
Tidak lama kemudian, dia mula memperlahankan gerak tubuhnya, bagaimanapun rakannya menyangka wanita tersebut hanya keletihan dan ingin berehat seketika.
Dalam keadaan lemah, wanita itu dilihat perlahan-lahan terduduk sebelum dipercayai meninggal dunia sejurus selepas itu.
Belum ada kenyataan daripada keluarga mangsa mahupun penganjur berhubung insiden itu setakat ini. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram