[VIDEO] Pendaki Taiwan tahan sakit 4 jam, bengkak pinggul lepas terjatuh di Gunung Kinabalu


  • 112
  • Selasa, 30 Jan 2024

Seorang pelancong Taiwan mengalami bengkak pinggul selepas terjatuh di Gunung Kinabalu, Sabah pada Selasa sebelum diselamatkan Mosar.

SEORANG pelancong warga asing lelaki yang mengalami kecederaan selepas terjatuh di Gunung Kinabalu, Sabah pada Selasa diselamatkan oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (Mosar).

Mangsa yang berasal dari Taiwan,Tsai Wen Jui, 58, mengalami bengkak pada pinggul selepas terjatuh.

BACA LAGI: [VIDEO] Macam 'WWE', pencuri motosikal tergamam kena hempuk 'owner' di Sabah

BACA LAGI: [VIDEO] Budak perempuan lari tak cukup tanah 'diserang' anjing di Seberang Perai

Jurucakap Mosar berkata, mangsa dilaporkan tergelincir di kawasan Panar Laban dekat kawasan denai gunung ketika dalam perjalanan turun dari puncak gunung itu kira-kira pukul 10 pagi.

"Mangsa diserahkan kepada paramedik yang menunggu di Pintu Timpohon dan kemudiannya dibawa keluar dari kawasan tersebut menggunakan menggunakan Robinson stretcher oleh pasukan penyelamat pada pukul 2.10 petang.

"Mangsa kemudiannya telah dibawa dengan ambulans ke klinik kesihatan Kundasang untuk rawatan lanjut.

"Pasukan Mosar dibantu oleh dua malim gunung dan empat renjer Taman Sabah dalam operasi tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Untuk makluman, Mosar ialah pasukan penyelamat yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Sabah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram