BERSEMPENA ulang tahun keduanya, portal berita, Majoriti melancarkan Kempen Langgan dan Menang dengan pelbagai hadiah menarik buat pembacanya dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.
Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah Aeon Co (M) Bhd (Aeon) mencecah RM50,000; Kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif.
Pembaca berpeluang memenangi hadiah ditawarkan apabila mereka menyertai kempen ulang tahun kali ini dengan melakukan langganan eksklusif tahunan bernilai hanya RM30 bermula dari 17 Ogos hingga 20 Disember 2023.
Selain itu, pembaca yang baharu melanggan atau sedia ada juga berpeluang memenangi hadiah mingguan selama 18 minggu.
Kempen ini turut disokongi oleh beberapa rakan kerjasama utama antaranya OSK Property, Aeon, Ogawa Malaysia, Berjaya Starbucks Coffee Sdn Bhd dan Chef Wan Group of Restaurants.
“Kami sangat teruja untuk mengumumkan bahawa Majoriti meraikan ulang tahunnya yang kedua dengan pencapaian luar biasa, setelah memperoleh pembaca yang berdedikasi dan kukuh sejak pelancarannya.
KLIK DI SINI UNTUK LANGGAN DAN MENANG!!!
"Sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan kami membuktikan bahawa tidak dapat disangkal lagi wujudnya permintaan terhadap kandungan berita tepat dalam era digital,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Alex Yeow.
“Di Majoriti, kami sentiasa percaya pada kuasa maklumat untuk memperkasakan, menyatupadukan dan memberi inspirasi masyarakat.
"Komitmen kami adalah untuk menyampaikan berita yang tidak berat sebelah, boleh dipercayai dan terkini untuk mengukuhkan kepercayaan dan kesetiaan pelanggan yang kami hormati.
"Kami amat berterima kasih kepada sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi dan keyakinan diletakkan kepada platform kami.
“Oleh itu, untuk menandakan peristiwa penting ini, kami sangat teruja untuk melancarkan kempen Langgan dan Menang sebagai penghargaan terima kasih kami yang setinggi-tingginya kepada pembacasetia kami yang sedia ada dan ucapan mesra selamat datang kepada pembaca baharu.
"Melalui Kempen Langgan dan Menang ini, kami berhasrat melibatkan diri dan memberi ganjaran kepada pelanggan, memupuk semangat kekitaan dalam komuniti pembaca Majoriti,” tambah Yeow.
Dalam pada itu, sejak dua tahun lalu, Majoriti berjaya menjalinkan hubungan dengan pelbagai syarikat termasuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Grab Malaysia, Petronas Dagangan Berhad, Setel, Yoodo dan Aeon.
Melalui kerjasama ini, Majoriti berupaya menawarkan kandungan menarik dan boleh dipercayai di samping turut menyediakan manfaat eksklusif buat pembaca dan pelanggannya.
Kempen Langgan dan Menang memberikan peluang luar biasa untuk pembaca memenangi pelbagai hadiah utama termasuk kondominium mewah di Lembah Klang yang dibangunkan OSK Property.
Ketua Pegawai Eksekutif OSK Property, Ong Ghee Bin berkata, sebagai pemaju hartanah, pihaknya sangat teruja untukmenjadi sebahagian daripada sambutan ulang tahun kedua Majoriti.
"Penajaan hadiah utama bagi kediaman ini mencerminkan komitmen kami untuk membina bukan sahaja struktur, tetapi turut mencipta kenangan yang berkekalan untuk individu dan keluarga.
"Kerjasama bersama Majoriti ini merangkumi kepercayaan kami dalam membentuk semangat masyarakat dan memperkayakan kehidupan,” ujarnya.
Sementara itu, sambutan pada kali ini menjadi lebih bermakna apabila Majoriti turut disokong oleh AEON yang sudah menjadi rakan kerjasamanya sejak permulaan kewujudan portal berita ini.
Sebagai tanda penghargaan untuk pembaca setia, salah satu hadiah utama yang disediakan termasuk e-hadiah AEON berbentuk baucar-baucar bernilai RM50,000.
"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca Majoriti atas sokongan yang hebat dan ini adalah cara kami untuk melahirkan penghargaan dengan tanda terima kasih.
"Ia terutamanya kepada pasukan Majoriti yang hebat yang mana kami berpeluang bekerjasama dengan baik selama ini. Selamat ulang tahun," ujar Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran Aeon, Low Ngai Yuen.
Dalam pada itu, penaja hadiah OGAWA Malaysia turut menambah sentuhan kemewahan mereka dalam kempen ini menerusi dua unitkerusi urut VPresto OGAWA yang setiap satunya bernilai RM19,999.
Kerjasama dengan OGAWA Malaysia mencerminkan komitmennya untuk meningkatkan keselesaan dan kesejahteraan buat pembaca Majoriti, sekali gus menjadikan sambutan ulang tahun kini ini menjadi sesuatu yang tidak dapat dilupakan bagi pemenang bertuah.
Timbalan Pengarah OGAWA Malaysia Leong Boon Hong melahirkan rasa terujanya menjadi sebahagian daripada kempen ulang tahun kali ini.
“Di OGAWA, kami menyediakan hadiah yang mampu memberikan kelegaan dan kesejahteraan. Kami percaya bahawa keselesaan yang kecil mampu kepada membawa peningkatan besar terhadap kehidupan orang ramai.
"Sama seperti peranan dimainkan Majoriti yang dilihat membawa nilai tambah kepada pembaca mereka, kami pula melakukannya melalui penawaran keselesaan yang inovatif."
100,000 pelanggan pertama untuk kempen Langgan dan Menang akan turut ditawarkan baucar kopi bru bersaiz kecil Starbucks bernilai RM10 daripada Berjaya Starbucks Coffee Sdn Bhd dan baucar bernilai RM30 daripada Chef Wan Group of Restaurants.
“Kerjasama kami dengan Majoriti 7 benar-benar merupakan sinergi luar biasa yang menyatukan intipati kopi dan budaya membaca.
"Perkongsian ini mencerminkan komitmen kami untuk memupuk hubungan bermakna dan meningkatkan kehidupan harian pelanggan kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Food Berhad CEO dan Pengarah Urusan Berjaya Starbucks, Datuk Sydney Quays.
Dalam pada itu, pengarah urusan De.Wan 1958 oleh Chef Wan, Andre Shum berkata, pihaknya sentiasa menekankan kepentingan untuk memastikan setiap pelangganya menikmati hidang terbaik masakannya.
"Konsisten adalah kunci kepada setiap kejayaan dalam dunia masakan. Majoriti juga konsisten dalam menyampaikan berita boleh dipercayai dan berita kepada pembaca mereka dan kami sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada sambutan ulang tahunnya,” ujarnya.
Turut hadir pada pelancaran kempen kali ini ialah pengurus besar kanan dan ketua produk Majoriti, Chung Eng Lee yang turut melahirkan penghargaan kepada rakan kongsi dan penaja atas kesetiaan mereka.
“Kami mahu merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada rakan kongsi dan penaja dihormati atas sokongan tidak berbelah-bahaginya dalam kempen ini.
"Kepercayaan mereka terhadap misi Majoriti untuk menyampaikan berita boleh dipercayai tidak berat sebelah membantu mengukuhkan lagi dan mengembangkan capaian platform kami kepada pembaca.
"Kami amat berterima kasih atas sumbangan tidak ternilai daripada rakan kongsi dan penaja kami," katanya.
Dalam pada itu, Eng Lee turut berharap agar kerjasama terjalin itu dapat diteruskan lagi di samping usaha berterusan Majoriti dalam memperkasakan pembacanya melalui kandungan berita dihasilkan.
Dalam ketika Majoriti meningkatkan kekuatannya dengan selanjutnya, Yeow turut menekankan mengenai kepentingan untuk menegakkan integriti kewartawanan secara berterusan.
“Majoriti kekal komited untuk menegakkan standard kewartawanan tertinggi melalui penyediaan berita yang diteliti dan disahkan dengan baik buat pembaca kami.
"Kami akan terus berkembang dan berinovasi, memanfaatkan teknologi dan kepakaran yang ada untuk memenuhi keperluan pembaca kami yang semakin berkembang,” kata Yeow.
Majoriti merupakan portal berita Bahasa Malaysia di bawah Kumpulan yang diperkenalkan pada 3 Oktober 2021, ketika negara sedang menghadapi pandemik Covid-19.
Ia diwujudkan dengan dengan tujuan untuk menyampaikan berita terkini dan kandungan bernas kepada pembacanya.
Slogannya, Refleksi Tanpa Prejudis berfungsi sebagai panduan dan manifesto yang memberikan penekanan terhadap komitmennya untuk menyampaikan maklumat dan perspektif mengenai pelbagai topik yang mempunyai kepentingan umum meliputi berita tempatan dan antarabangsa, agama, sukan, jenayah, kehakiman serta politik.
Kempen ini turut disokong oleh rakan medianya iaitu The Star, Star Biz7, mStar, Majoriti 7, radio stesen 988 dan Suria, serta Spectrum Outdoor.
Untuk butiran lanjut tentang Majoriti dan kempen, lawati majoriti.com.my. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram