PEMENANG mingguan kempen Langgan dan Menang Majoriti, Muhammad Faiz Md Nor, 35, tidak dapat menyembunyikan perasaannya apabila disoal tentang hadiah utama.
Faiz yang merupakan seorang pegawai bank mengaku terkejut dengan kesemua hadiah utama yang ditawarkan kepada pemenang bertuah.
Namun, Faiz yang juga memenangi hadiah mingguan berupa sebuah beg galas jenama American Tourister Zumba itu juga tidak putus mengucapkan rasa syukurnya selepas menerima hadiah tersebut.
Bagi pemenang minggu ke-14 itu, harapannya sama seperti pemenang mingguan lain yang mahu memiliki sebuah kondominium mewah bernilai RM602,800.
Faiz yang teruja ketika mengambil hadiah mingguannya di Menara Star, Petaling Jaya, Selangor pada 29 November lalu.
"Saya sertai kempen ini sebab memang berminat dengan hadiah kondominium yang ditawarkanlah.
"Jadi, kalau ada rezeki memang saya pun teringin nak menang hadiah besar itu," katanya kepada Majoriti.
Bukan itu sahaja, Faiz juga tidak menyangka bahawa keputusannya untuk melanggan portal Majoriti dan menyertai kempen ini tidak sia-sia.
Hal ini kerana, dengan RM30 sahaja, dia sudah boleh memiliki hadiah mingguan yang bernilai lebih tinggi daripada jumlah yang dibayarnya.
Pada masa sama, Faiz tidak menafikan ia satu strategi yang menarik minat orang ramai serta pembaca untuk lebih mengenali portal ini.
"Bagi saya, kesemua hadiah itu sendiri yang membuatkannya sangat menarik untuk memperkenalkan produk Majoriti.
"Jadi, ia merupakan peluang yang terbaik untuk saya dan orang lain sertai kempen ini," katanya lagi.
Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif.
Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram