[VIDEO] Bahana nenek hilang kawalan, 7 ‘rider kayangan’ parah dirempuh SUV depan-depan


  • Benua
  • Sabtu, 13 Jan 2024

Tujuh penunggang basikal mengalami kecederaan termasuk tiga daripada mereka kritikal selepas dirempuh sebuah SUV dalam satu kejadian di Gulf Stream dekat Florida Amerika Syarikat pada Sabtu lepas. — Agensi

TUJUH penunggang basikal mengalami kecederaan termasuk tiga daripada mereka kritikal selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam satu kejadian di Gulf Stream dekat Florida, Amerika Syarikat pada Sabtu lepas.

Memetik laporan portal media antarabangsa The Palm Beach Post, kenderaan jenis Kia Soul itu dipandu seorang warga emas wanita yang berusia 77 tahun.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pantai Delray, kejadian itu berlaku pada pukul 6.45 pagi (waktu tempatan).

Difahamkan, warga emas tersebut datang dari arah Lantana dan menuju ke arah selatan sementara lapan penunggang basikal itu pula menuju ke arah utara.

BACA LAGI: [VIDEO] Polis siasat Sarjan Mejar tumbuk, tampar orang awam di restoran di Johor

BACA LAGI: Langkah Dubai: Timbalan pengarah J-KOM, 3 'influencer disoal siasat polis

Wanita itu disyaki hilang kawalan sebelum melanggar salah seorang daripada penunggang basikal tersebut lalu merempuh yang lain.

Impak dari perlanggaran tersebut menyebabkan kesemua mangsa terpelanting ke bahu jalan, namun seorang penunggang yang merakam kejadian terselamat.

Kesemua mangsa dan warga emas tersebut dikejarkan ke hospital terdekat untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Tiga daripada mereka dimasukkan ke ke unit kecemasan kerana mengalami kecederaan serius. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram