RAKYAT seharusnya perlu melakukan perubahan dengan menghentikan segera budaya suka membodek dan mengampu sesiapa sahaja ahli politik.
Tidak kira sama ada di pejabat, tapak projek, acara atau program dalam jabatan mahupun organisasi itu sendiri, perbuatan membodek atau mengampu itu perlu dihentikan.
Perkara tersebut disuarakan oleh seorang warga maya melalui laman media sosial X (Twitter) baru-baru ini.
Pengguna yang menggunakan nama akaun @amaraziz09 itu mengulas mengenai tindakan penganjur yang menyediakan kemudahan lebih eksklusif kepada pihak atasan ketika menonton Skrin Besar Piala Asia 2023 di sebuah negeri pada Jumaat.
"Program santai menonton bola sepak skrin besar macam ini bagi aku tak perlu ada bekas kaca bagai. Bean bag (kusyen kecil) utk VVVIP, rakyat kerusi plastik.
"Budaya ampu yang selamanya tidak akan padam, tukarlah parti apa pun yang memerintah, siapa tidak mahu dilayan seperti raja?" ciapnya.
BACA LAGI: Isu pencen penjawat awam: Berapa boleh jimat jika mansuh pencen ahli politik?
Tangkap layar ciapan yang dibuat berhubung dakwaan sesetengah penganjur gemar mengampu pihak atasan.
BACA LAGI: [VIDEO] Ajal depan mata suami, isteri maut kereta termasuk jalan kontra di Kuala Selangor
Pengguna itu bagaimanapun menafikan ciapan yang dibuatnya bertujuan untuk membangkitkan sentimen politik.
Sebaliknya, dia mahu menekankan tentang perilaku mengampu yang dianggap budaya umum kerap berlaku di Malaysia.
"Ini bukan hantaran politik, tapi ini terkait dengan sikap dan budaya orang Malaysia yang ampu bos tak kena tempat.
"Pelik juga, orang yang turun ke jalanan bangkang itu ini suatu masa dahulu, tapi apabila dia di atas, tak mampu nak tolak dugaan diampu sebegini.
"Satu budaya yang perlu diubah, rakyat perlu sedar, VVIP (individu kenamaan) sebenar adalah rakyat.
"Aku sokong penambahbaikan yang PMX (Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim) lakukan tapi tidak bermakna mereka yang dalam kerajaan tidak boleh ditegur," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram