Ajal ke tempat kerja, pengendali dron maut rempuh babi melintas di Tampin


  • 112
  • Sabtu, 20 Jan 2024

Seorang lelaki dilaporkan maut selepas merempuh seekor babi yang melintas di sebuah jalan dekat Tampin, Negeri Sembilan pada Sabtu.  — Facebook

SEORANG pengendali dron berusia 20 tahun dilaporkan maut selepas motosikal ditunggang merempuh seekor babi hutan di Tampin, Negeri Sembilan pada Sabtu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Amiruddien Sariman berkata, mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja di Gemencheh, Negeri Sembilan dari rumahnya di Felda Bukit Rokan ketika nahas berlaku di KM7.3 Kampung Rokan, Negeri Sembilan sekitar pukul 7.30 pagi.

"Hasil siasatan mendapati, mangsa merempuh seekor babi hutan sebelum terbabas di seberang jalan.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

BACA LAGI: [VIDEO] Ajal baiki bot bapa, pemuda Terengganu maut terkena renjatan elektrik spotlight

Untitled-design-2024-01-20T122820.320

Mangsa meninggal di lokasi kejadian selepas merempuh seekor babi yang melintas di KM7.3 Kampung Rokan, Negeri Sembilan. — Facebook

BACA LAGI: [VIDEO] Hilang kawalan punca warga emas temui ajal dalam longkang di Pasir Gudang

Sementara itu, seekor babi hutan juga ditemui berhampiran kawasan kejadian.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya telah dihantar ke bahagian Forensik Hospital Tampin untuk tindakan lanjut.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan jalan raya terbabit diminta tampil ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin dan boleh menghubungi talian 06-4412502 atau 06-4431999 Bilik Gerakan IPD Tampin bagi membantu siasatan," kata Amiruddien. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram