Tarif air naik gusarkan rakyat, penduduk 4 negeri ibarat masih terkena 'sumpahan'


  • Massa
  • Sabtu, 20 Jan 2024

Pelarasan tarif air yang bakal dilaksanakan bermula 1 Februari ini mengundang pelbagai pertikaian dalam kalangan masyarakat.

PENGUMUMAN pelarasan tarif air baharu yang bakal dilaksanakan di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuat kuasa mulai 1 Februari ini mula menerima pelbagai pertikaian dalam kalangan masyarakat.

Perkara itu tertumpu di beberapa buah negeri yang disifatkan masih terkena 'sumpahan' kerana telah mengakibatkan rakyatnya merana selama bertahun-tahun akibat kemelut air dihadapi.

Lebih parah, kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu selepas ini dijangka akan membangkitkan kemarahan masyarakat kerana terpaksa membayar lebih di samping isu yang masih gagal dibendung.

Berikut antara negeri-negeri yang dijangka terkesan dengan pelarasan tarif air tersebut:

BACA LAGI: Tarif air naik 22 sen semeter bermula 1 Februari

Untitled-design-94-1000x600

1. Isu air Kelantan lebih 30 tahun gagal diatasi

Kelantan difahamkan telah berdepan isu air sejak 30 tahun yang lalu di mana kualiti serta sumber bekalan di negeri itu masih di tahap mengecewakan.

Air keruh, paip pecah dan banjir antara kemelut terbesar dihadapi masyarakt Kelantan sejak bertahun lamanya.

Isu terbabit berbalik kepada hasil kerja kerajaan sedia ada yang memimpin negeri berkenaan sejak 30 tahun dahulu yang secara tidak langsung mengundang kecaman rakyat terhadap kerajaan.

Situasi itu menyumbang kepada desakan pertukaran kerajaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, namun penguasaan PAS kekal mendominasi undian negeri terbabit.

ALOR SETAR, 15 Nov -- Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menjawab persoalan petugas media selepas membentangkan Belanjawan Negeri 2021 di Dewan Undangan Negeri hari ini.Kerajaan Kedah memfokuskan kepada empat teras utama dalam Belanjawan 2021 negeri, termasuk mencergaskan ekonomi serta meningkatkan pendapatan rakyat.Muhammad Sanusi Md Nor berkata menerusi teras itu, kerajaan negeri komited untuk meneruskan pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi yang telah diluluskan sebelum ini.Beliau berkata antaranya ialah Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), pembangunan di kawasan Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) di Bukit Kayu Hitam dan Projek Kedah Rubber City (KRC). Katanya menerusi teras kedua pula iaitu mensejahterakan rakyat dan menambah baik kualiti hidup masyarakat, kerajaan negeri akan melaksanakan beberapa inisiatif termasuk memperkenalkan program Beras Sejahtera, bagi memastikan tiada rakyat yang terputus bekalan makanan asas.--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

2. Janji Sanusi selesaikan masalah air di Kedah

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor sebelum ini pernah memberi jaminan akan menyelesaikan projek air Kedah melalui bantuan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan bernilai RM900 juta.

Memetik laporan media, beliau berjanji akan mengatasi gangguan bekalan air di negeri terbabit susulan pembinaan empat Loji Rawatan Air (LRA) baharu di Jenun Baru, Sungai Limau, Bukit Selambau dan Lubuk Buntar Lama yang dijangka siap dalam tempoh antara dua hingga tiga tahun.

Bagaimanapun, memasuki 2024, isu tersebut kian berpanjangan dan masih menghantui penduduk di kebanyakan kawasan di Kedah.

Terdahulu, masyarakat di beberapa buah daerah dekat Kedah berdepan situasi getir apabila terputus bekalan air ketika menyambut perayaan Aidilfitri pada Mei tahun lalu.

Paling teruk terjejas adalah daerah Kuala Muda, terutama kawasan sekitar Tanjung Dawai, Bedong, Merbok dan Sungai Petani, selain daerah Kota Setar di kawasan sekitar Kuala Kedah, yang selama ini difahamkan sering mengalami gangguan bekalan.

BACA LAGI: 'Semua sudah setuju', kenaikan tarif air tak boleh jadi modal politik pembangkang

2500581

3. Rakyat Terengganu terpaksa pacak bendera putih kerana sukar dapatkan air

Seorang pengguna media sosial memuat naik hantaran memberitahu terpaksa memacak bendera putih di pekarangan rumahnya di Jalan Haji Samad, Kampung Raja, Besut, Terengganu pada baru-baru ini.

Difahamkan, tindakan tersebut dilakukan berikutan masalah gangguan bekalan air tidak berjadual yang dialami akibat insiden paip pecah di dasar Sungai Besut berhampiran jambatan Kampung Lampu sejak 1 Januari lalu.

Mencetuskan kekecohan di laman media, perkara itu disifatkan sebagai salah satu situasi buruk dihadapi ekoran ketiadaan air di beberapa buah rumah kawasan berkenaan.

Terdahulu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilaporkan berkata, penduduk mengalami masalah bekalan air tidak perlu khuatir dan bimbang kerana kerajaan akan mengambil langkah terbaik dalam mengatasi masalah itu.

Sebagai inisiatif, penduduk di kawasan terjejas terpaksa mendapatkan bekalan air dari enam buah lori tangki air dan 49 buah tangki statik yang disediakan Syarikat Air Terengganu (SATU). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram