[VIDEO] Ibu buang anak lepas bersalin di surau, jemaah terkejut jumpa bayi tanpa seurat benang bawah tangga


  • Benua
  • Sabtu, 20 Jan 2024

Tangkap layar seorang wanita disyaki meninggalkan bayinya selepas melahirkan anak itu sendirian di sebuah surau dekat Kelapa Dua, Jalan Nusantara GG. H. Ramli, Kota Depok, Indonesia pada awal pagi Jumaat.

SEBUAH surau di Kelapa Dua, Jalan Nusantara GG. H. Ramli, Kota Depok, Indonesia digemparkan dengan penemuan seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di bawah tangga ruang solat pada awal pagi Jumaat.

Bayi itu dipercayai dibuang seorang wanita selepas melahirkan anaknya sendirian di surau berkenaan sekitar pukul 1.20 pagi.

Selamat melahirkan anaknya, wanita terbabit kemudiannya terus meninggalkan bayi tersebut di sebuah kawasan tersembunyi berhampiran tangga surau terbabit.

Insiden itu dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV), namun identiti pelaku gagal dipastikan oleh orang ramai.

BACA LAGI: [VIDEO] Ibu durjana buang bayi di semak Bandar Baru Samariang rupanya baru 14 tahun

Tidak disedari mana-mana pihak, individu berkenaan pantas membersihkan bayinya di tempat wuduk sebelum beredar dari lokasi kejadian.

Bayi malang itu kemudiannya dijumpai jemaah surau dalam keadaan tidak beralas selepas selesai mengerjakan solat Subuh namun, ibunya gagal dijejaki penduduk kampung.

BACA LAGI: [VIDEO] Sudah dihurung semut, bayi malang ditemukan menangis dalam kebun di Kuching

Orang ramai kemudiannya menghantar bayi tersebut ke hospital berhampiran untuk mendapatkan bantuan rawatan selanjutnya.

Belum ada sebarang kenyataan polis berhubung kejadian itu setakat ini dan identiti wanita terbabit juga masih belum dapat dikenal pasti penduduk di kawasan berkenaan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram