SURIA FM memperkenalkan barisan penyampai baharu, Datuk Fizz Fairuz, Chiwan Chilok dan Kai Hassan sebagai langkah strategik untuk kekal relevan dalam menghasilkan produk yang lebih menarik buat pendengar setianya.
Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin berkata, kemasukan penyampai baharu itu merupakan salah satu langkah yang seiring dengan keperluan semasa.
“Ia juga bertujuan bagi memantapkan dan mengukuhkan lagi reputasi penyampai sebelum bermulanya ‘Radio Survey’ pada 18 Februari hingga 30 Mac 2024,” katanya.
BACA LAGI: Hanya 15 bulan di Suria FM, Shuib umum undur diri
DJ Lin ketika memberikan ucapan dalam sidang media di Cybertorium, Menara Star, Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.
Jelasnya, Fizz Fairuz bakal ke udara di segmen ‘Morning Morning Suria’ bersama Ajak dan Suraya pada setiap Isnin hingga Jumaat dari pukul 6 hingga 10 pagi.
Sementara itu, Kai Hassan pula bakal ke udara dan mengambil alih segmen ‘Morning Morning Suria’ dan Carta Suria Top 40 sepanjang tempoh Suraya bersalin.
Pelawak Muhammad Azwan Sabri atau lebih mesra dengan panggilan Chiwan Chilok pula akan bergandingan bersama Sharifah Syahirah atau lebih dikenali sebagai Rara menemani petang pendengar menerusi segmen Suria Petang pada setiap Isnin hingga Jumaat dari pukul 3 sehingga 7 petang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram