SEORANG wanita berjaya diselamatkan polis selepas dilaporkan hilang dan dijadikan tebusan selama empat hari oleh penculik bersiri di Akron, Ohio, Amerika Syarikat (AS) pada 25 Oktober tahun lalu.
Penemuan itu dilakukan pihak polis yang berjaya menyerbu masuk ke sebuah garaj tersembunyi hasil siasatan dijalankan berhubung kehilangan mangsa beberapa hari sebelum kejadian.
Suspek, Willian Mozingo Junior ditahan pihak berkuasa dan dikatakan sempat meluahkan rasa cintanya terhadap mangsa Chloe Jones, 23, yang ditemui terikat pada tiang dalam keadaan yang cukup menyedihkan.
BACA LAGI: [VIDEO] Dua remaja antara 3 direman subahat kes culik kanak-kanak di Johor
Ibu mangsa, Jessi Barham menjelaskan bahawa anaknya disiram dengan minyak petrol, dipukul dengan kayu besbol dan turut diugut bunuh sepanjang diculik.
Katanya, Jones telah hilang selama empat hari dan menerima panggilan telefon anaknya dari hospital.
BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki warga asing disyaki acu pisau, cuba culik budak 3 tahun di Jeniang
"Dia memberitahu bahawa dia telah diculik dan mengalami cedera patah tangan dan tulang muka akibat dipukul," kata Barham.
Barham mendakwa bahawa suspek pernah bertemu dengan anaknya selama tiga kali sebelum kejadian dan dipercayai ditumpangkan menaiki kereta untuk ke lokasi garaj tersebut.
Untuk rekod, Mozingo Junior sebelum ini pernah ditahan penjara selama tiga hari atas kesalahan menculik dan memiliki dadah ketika menetap di Stark County, Ohio, AS.
Suspek berdepan tuduhan menculik dan menyalahi undang-undang kerana melakukan serangan keganasan terhadap wanita berkenaan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram