DJ Lin anggap macam adik, Tyzo dah tahu kontrak tak disambung tapi gaji masih dibayar


  • Hiburan
  • Jumaat, 19 Jan 2024

DJ Lin menganggap Tyzo seperti adik kandungnya sepanjang berkhidmat sebagai penyampai radio di Suria FM.

'DAKWAAN kontrak Tyzo ditamatkan kurang dari tempoh 24 jam adalah tidak benar'.

Demikian penjelasan dibuat Pengerusi Star Media Radio Group Berhad (SMRG), Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse yang menyangkal kenyataan dibuat pemenang Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian itu.

Katanya, dalam satu pertemuan bersama Tyzo pada Ogos tahun lalu, pihak pengurusan ada memanggilnya untuk berbincang mengenai pembaharuan kontrak selama setahun namun penyampai radio itu meminta agar tempoh perkhidmatannya dipanjangkan sehingga enam bulan sahaja.

"Saya bersama Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin serta wakil daripada ketua kandungan Suria FM, JJ dan wakil jabatan sumber manusia bertemu Tyzo bagi membincangkan pembaharuan kontrak selama setahun bermula Oktober 2023 sehingga Oktober 2024.

"Bagaimanapun, dia minta kontraknya disambung cuma enam bulan, jadi saya berpendapat dia sudah mempunyai rancangan lain selain mungkin mendapat tawaran lain selepas memenangi ABPBH.

"Jadi kontraknya yang bermula pada 9 Oktober 2023 bakal tamat 9 Mac 2024 dan kalau diikutkan sehingga sekarang di masih dibayar gaji oleh pihak syarikat," katanya dalam sidang media di Cybertorium, Menara Star, Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.

BACA LAGI: [VIDEO] Jodoh Tyzo bersama Suria FM terlerai

msg-468649021-48652

Mohd Aminuddin Mohd Rouse menyampaikan ucapan dalam sidang media Suria FM di Cybertorium, Menara Star, Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.

Dalam pada itu, Aminuddin turut mendedahkan bahawa Tyzo telah melanggar arahan pihak atasan yang meminta supaya dia merakamkan momen terakhirnya menerusi video namun, dia tetap bersiaran secara langsung.

"Kami dah minta dia rakamkan video tetapi masih bersiaran secara langsung di laman Instagram peribadinya.

"Selepas tamat bersiaran, Tyzo berjumpa DJ Lin dan mengatakan dia dianiaya dan seterusnya video dimuat naik tular dan kami di Suria FM dihentam warganet.

"Ramai yang kecam dan menuduh ia berpunca daripada DJ Lin. Semua kecam DJ Lin kononnya dia bertanggungjawab. Sebenarnya DJ Lin adalah mangsa.

"Saya harap isu ini ditamatkan. Kami tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya ada pihak yang terus memberi komen yang dianggap fitnah," tegasnya.

BACA LAGI: Suria FM buat kejutan, Fizz Fairuz antara 3 penyampai baharu gantikan Tyzo

2194119

Tyzo merangkul anugerah Penyampai Radio Popular pada ABPBH 32. — Facebook

Sementara itu, DJ Lin ketika disoal berhubung kecaman diterimanya, dia menganggap kesemua warga kerja Suria FM sebagai keluarga dan Tyzo disifatkan sebagai adiknya sendiri.

"Kami di sini semua ibarat satu keluarga, Tyzo saya anggap seperti adik sendiri jadi apabila berlaku isu macam ini, memang agak terkesan.

"Anak-anak saya turut dikecam, tetapi saya mohon jangan sentuh keluarga saya, biarlah saya sahaja yang dikecam kerana mereka tidak bersalah dan tidak tahu menahu tentang isu yang melanda ibunya," katanya.

Terdahulu, Suria FM mengumumkan khidmat Tyzo sebagai penyampai bagi segmen Suria Petang, berakhir pada Jumaat minggu lepas.

DJ Lin dilaporkan berkata, keputusan dibuat sebagai langkah merangka strategi selain perancangan baharu untuk menghasilkan produk lebih menarik dan segar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram