[VIDEO] Enjin pesawat terbakar, Boeing 747 mendarat cemas di Lapangan Terbang Miami


  • Benua
  • Sabtu, 20 Jan 2024

Tangkap layar sebuah pesawat terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas mengalami kerosakan enjin di Miami, AS pada Khamis.

SEBUAH pesawat kargo Boeing 747 mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami, Amerika Syarikat (AS) selepas dilaporkan mengalami kerosakan enjin pada Khamis.

Percikan api turut kelihatan dari jarak jauh ketika pesawat berkenaan sedang dalam perjalanan ke lapangan terbang yang sekali gus mencetuskan kekecohan di laman media.

Rakaman kejadian dikongsikan saksi yang secara kebetulan ternampak insiden tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Masalah teknikal dipercayai punca 2 pesawat Tentera Udara Indonesia terhempas

BACA LAGI: [VIDEO] Juruterbang jet pejuang, jurukamera TV maut nahas 2 pesawat berlanggar di udara

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dalam kenyataannya berkata, pesawat berkenaan sedang dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Luis Munoz Marin, Puerto Rico ketika kejadian.

"Bagaimanapun, Boeing 747 selamat mendarat di destinasi pelepasannya dekat Miami sekitar pukul 10.30 malam Khamis.

"Hasil pemeriksaan dijalankan, kerosakan itu meninggalkan kesan lubang bersaiz bola besbol di bahagian enjin kedua pesawat berkenaan," katanya.

Dalam pada itu, jurucakap Atlas Air mengesahkan kejadian tersebut dan turut menyatakan bahawa kesemua kru penerbangannya telah mematuhi setiap prosedur ditetapkan ketika bertugas.

Tambahnya, syarikat penerbangan itu akan menjalankan pemeriksaan menyeluruh berhubung tragedi tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram