Guru tak mengaku cabul murid perempuan dalam kelas di Alor Gajah


Seorang guru berdepan tuduhan mencabul murid di sebuah sekolah dekat Alor Gajah, Melaka pada 26 Mei 2022. — The Star

SEORANG guru berusia 42 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Gajah, Melaka atas pertuduhan mencabul kehormatan muridnya di dalam bilik darjah.

Pengakuan tertuduh direkodkan di hadapan hakim Nariman Badruddin pada Jumaat.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah mencabul kehormatan remaja perempuan berusia 11 tahun itu dengan menyentuh kemaluannya semasa dalam kelas.

BACA LAGI: [VIDEO] Warga Rohingya ditahan cabul pelajar di pasar raya

Guru itu didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah sekolah rendah pada pukul 10 pagi pada 26 Mei 2022.

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan

BACA LAGI: [VIDEO] Polis cabul gadis seorang diri tengah malam buta

Tertuduh, yang telah dipindahkan dari sekolah itu diwakili peguam S. Karthigesan dan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Najwa Nazari.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan seterusnya pada 28 Februari. — The Star/RSN MURALI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram