Lagi 'mini Dhaka' digempur, lebih 500 PATI ditahan di pangsapuri Baiduri


  • 112
  • Sabtu, 20 Jan 2024

Lebih 500 PATI ditahan dalam serbuan imigresen ke atas pangsapuri Baiduri di Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Hulu Langat, Selangor pada Jumaat.  — Facebook/JIM

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) menahan 561 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi penguatkuasaan bersepadu yang dijalankan di Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Hulu Langat, Selangor pada Jumaat malam.

Kesemua yang ditahan adalah warganegara Bangladesh, Myanmar, Nepal Indonesia, Pakistan , Sri Lanka, India, Kemboja, Sierra Leone dan Cameroon berusia antara tiga bulan hingga 55 tahun.

Operasi yang bermula pukul 11.00 malam itu diketuai oleh Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

BACA LAGI: [VIDEO] Peniaga tempatan mengaku warga asing buat masalah, PGA patut lebih awal serbu mini Dhaka

photo_2024-01-20_09-09-12

Kesemua warga asing yang ditahan berusia antara tiga bulan hingga 55 tahun. — Facebook/JIM

BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki 'ajar' warga asing berniaga sesuka hati di Shah Alam

JIM menerusi hantaran di Facebook berkata, seramai 752 individu diperiksa susulan aduan awam mengenai pendatang tanpa izin yang disyaki tinggal di kawasan perumahan tersebut.

"Terdapat warga asing cuba melarikan diri daripada anggota operasi dan kawasan serbuan merupakan sebuah pangsapuri yang dihuni hampir 80 peratus oleh warganegara asing.

"Tempat penginapan juga agak padat serta kotor dan ini menimbulkan rasa tidak selamat dan kurang selesa pada penduduk lain terutamanya pemilik rumah yang menetap di kawasan ini.

"Seramai 455 pegawai pelbagai pangkat JIM terlibat dalam operasi itu yang turut dibantu 60 pegawai Pasukan Gerakan Am (PGA), 12 pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)," katanya dalam hantaran tersebut.

Antara kesalahan yang dilakukan ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63 serta ditempatkan di Depot Imigresen Bukit Jalil, Kuala Lumpur untuk siasatan serta tindakan lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram