LEBIH 1,000 pegawai dan anggota polis daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) mengepung ‘mini Dhaka’ di Jalan Silang, Kuala Lumpur pada Khamis.
Ia susulan daripada sebilangan besar warga asing yang dikatakan telah mengundang ketakutan peniaga tempatan kerana bermasalah dan merosakkan harta benda awam.
Menurut salah seorang warga tempatan, Alona Passio, 42, hampir semua perniagaan di kawasan itu menggunakan perkhidmatan warga asing yang kebanyakannya dari Bangladesh dan Nepal.
“Ada antara mereka yang sering buat bising dan bergaduh apabila mabuk.
“Mereka malah merosakkan gerai saya dan ada juga yang berlagak seperti warganegara. Saya rasa tidak selesa berniaga di sini,” katanya ketika ditemui di Jalan Silang pada Khamis susulan operasi PGA menangkap warga asing secara besar-besaran.
Just another day at the office in downtown KL..
Forwarded from my colleagues who are at the office today. pic.twitter.com/hs1uUmtSQS
— Suhaila (@suhailayunuss) December 21, 2023
Dia mendakwa, kebanyakan premis di kawasan itu dimonopoli oleh warga asing yang menyewa daripada pemilik premis.
“Ini sudah pasti operasi terbesar (menentang pendatang tanpa izin) sejak saya memulakan perniagaan di sini 11 tahun lalu.
“Kami semua terkejut melihat begitu ramai anggota polis. Ia pastinya satu langkah yang baik oleh pihak berkuasa," tambahnya.
Sementara itu, seorang pekerja yang enggan namanya didedahkan berkata, dia terkejut melihat kehadiran polis yang ramai kira-kira pukul 11 pagi.
“Malah beberapa rakan sekerja saya ditahan kerana tidak mempunyai dokumen yang betul.
“Operasi sebegini sepatutnya dilakukan (lebih awal) bagi menangani kebanjiran pendatang asing di Jalan Silang dan kawasan sekitar,” katanya.
Pada masa sama, serbuan mengejut oleh pihak berkuasa termasuk PGA dikatakan dilakukan di empat blok rumah kedai di kawasan itu.
Kira-kira 500 warga asing telah ditahan pada pukul 1 petang atas pelbagai kesalahan, termasuk tiada pengenalan diri dan dokumen perjalanan. — The Star/FARIK ZOLKEPLI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram