[VIDEO] Lelaki 'ajar' warga asing berniaga sesuka hati di Shah Alam


  • Tular
  • Ahad, 31 Dis 2023

Tangkap layar video memaparkan warga asing secara bebas berniaga di kawasan awam di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

BAGAIKAN tiada penyudahan, isu warga asing di Malaysia nampaknya semakin membangkitkan kemarahan penduduk tempatan.

Walaupun serbuan secara besar-besaran sudah dilakukan oleh pihak berkuasa sebelum ini, namun terdapat lagi segelintir warga asing yang dilihat masih berani melanggar undang-undang Malaysia.

BACA LAGI: Peniaga tempatan mengaku warga asing buat masalah, PGA patut lebih awal serbu mini Dhaka'

Terbaharu, sebuah video tular di media sosial memaparkan beberapa orang warga asing yang berniaga secara bebas di sebuah kawasan tarikan orang ramai di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Dalam video tersebut, perakam menunjukkan rasa tidak puas hatinya terhadap warga asing berkenaan dengan mengambil barang yang dijualnya tanpa membayar.

Namun, tindakan itu dilihat dilakukan untuk mengajar warga asing tersebut sebelum memulangkan kembali barang jualannya itu.

Pada masa sama, pemilik video itu juga dilihat sempat menegur mereka supaya tidak melakukan perniagaan yang sekali gus menyalahi peraturan.

Dalam pada itu, menerusi satu hantaran yang disertakan dalam video sama di Twitter (X) @MALAYSIAVIRALLL, pihak berkuasa digesa untuk mengambil tindakan terhadap perkara tersebut.

"Warga asing bersepah berniaga macam ini di setiap tempat, Majlis (Majlis Perbandaran Shah Alam) tolonglah ambil tindakan, kalau tidak kawal makin banyak.

msg1050426791-21444

Warga asing yang dikatakan menjalankan perniagaan dengan bebas tanpa pantauan pihak berkuasa.

"Takkan nak tunggu ramai yang buat aduan baru nak banteras," tulisnya.

Sementara itu, rata-rata warganet turut memberi reaksi sama dan ada yang mempersoalkan tindakan pihak berkuasa di kawasan tersebut.

"Di kawasan itu tiada penguatkuasa yang selalu buat pantauan ke? Di Bukit Bintang ni selalu je warga asing berlari-lari anak sebab Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selalu ronda-ronda, kelam-kabut sembunyikan barang jualan mereka di kedai-kedai terdekat," komen @farha_anna13.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung perkara tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram