[VIDEO] Polis cabul gadis seorang diri tengah malam buta


  • Benua
  • Jumaat, 10 Mac 2023

Tangkap layar video memaparkan aksi anggota polis terbabit ketika melakukan gangguan seksual kepada seorang wanita di Madhya Pradesh, India.

HARAPKAN pagar, pagar makan padi. Demikian pepatah yang sesuai digambarkan kepada seorang anggota polis di Madhya Pradesh, India apabila sepatutnya menjadi harapan sebagai pelindung orang awam, namun sebaliknya melakukan gangguan seksual baru-baru ini.

Menerusi video tular, anggota polis yang menunggang motosikal itu pada mulanya mendekati seorang wanita yang berdiri seorang diri di tepi jalan.

Namun, malang bagi wanita itu apabila anggota polis itu dilihat menyentuhnya dan mencabulnya.

Wanita itu dilihat cuba melepaskan diri, tetapi terus dicabul oleh anggota polis terbabit.

Selepas beberapa kali berusaha, wanita itu berjaya melarikan diri meskipun pergerakannya diikuti lelaki tersebut.

Mangsa yang ketakutan berlari ke seberang jalan dan terus hilang daripada pandangan suspek.

Kejadian memalukan itu dilaporkan berlaku berhampiran kawasan balai polis Haunmanganj di Madhya Pradesh, India.

Insiden itu mencetuskan kemarahan netizen di media sosial, selain timbul gesaan agar anggota polis itu digantung tugas dengan segera. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram