SESI persekolahan yang bakal dibuka pada Mac nanti dijangka akan mencatatkan peningkatan tambang bas antara RM10 dan RM20.
Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM), Amali Munif Rahmat berkata, kenaikan itu tidak dapat dielakkan dan bergantung kepada keuntungan atau kerugian yang dicatatkan oleh pengusaha bas.
Katanya, antara sebab kenaikan itu berlaku adalah pelaksanaan gaji minimum RM1,500 pada Julai tahun lalu dan kenaikan harga alat ganti import.
Tambahnya, kelemahan ringgit juga turut menyumbang kepada kenaikan tersebut.
BACA LAGI: Berniaga tanpa lesen, gerai tular dirempuh bas sekolah antara 5 premis disita MBI
"Terdapat permintaan daripada pengusaha untuk menaikkan tambang, tetapi persatuan hanya boleh menawarkan garis panduan dan nasihat kepada mereka. Ia juga bergantung kepada kata sepakat di antara pengusaha bas sekolah dan ibu bapa," katanya menurut laporan media.
Tambahnya, kenaikan RM10 hingga RM20 masih lagi berpatutan kerana seorang pelajar akan menaiki bas kira-kira 44 kali dalam sebulan.
"Ibu bapa tidak sepatutnya menganggap kenaikan itu sebagai jumlah yang rambang, tetapi mengira berdasarkan penggunaan harian pelajar. Sebagai contoh, jika kita menaikkan tambang sebanyak RM20, kenaikannya hanya 90 sen sehari dan itu adalah berpatutan," ujarnya.
BACA LAGI: [VIDEO] Tak padan sesak dengan pelajar, van sekolah selamba langgar lampu isyarat di Shah Alam
Mengulas lanjut, beliau juga menerima aduan daripada beberapa pemandu bas mengenai ibu bapa yang enggan membayar tambang sebulan jika terdapat cuti sekolah bulan tersebut.
"Pendapatan mereka bukan berdasarkan perjalanan harian atau mingguan, tetapi dibayar berdasarkan sesi persekolahan," katanya.
Ujarnya, pemandu juga terpaksa menanggung kos operasi sepanjang tahun dan penyelenggaraan wajib setiap tiga bulan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram