[VIDEO] Sakan menjala udang, mufti ulas geng memancing tak hormat tanah kubur Islam


  • Mukmin
  • Sabtu, 13 Jan 2024

Tangkap layar sekumpulan lelaki sakan menjala udang di tanah perkuburan Islam dekat Mersing, Johor pada Sabtu.

TINDAKAN sekumpulan lelaki yang sakan menjala ikan di sebuah tanah perkuburan Islam dekat Mersing, Johor pada Sabtu mengundang perhatian ramai.

Perkara itu dikatakan berlaku selepas kolam udang bersebelahan tanah perkuburan berkenaan melimpah keluar akibat hujan lebat yang melanda daerah terbabit sehari sebelum kejadian.

Berseluar pendek dan berpakaian kurang sopan, beberapa individu dikecam gara-gara tidak menghormati jenazah di kawasan tersebut.

BACA LAGI: 'Dosa besar buka aib orang', mufti Pulau Pinang ulas isu Fathia mengata Zahirah

Mengulas lanjut hal itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak menghormati tanah perkuburan Islam.

Tegasnya, hukum mengambil sesuatu tanpa izin adalah haram dan individu berkenaan perlu terlebih dahulu meminta kebenaran daripada pemilik kolam tersebut sebelum menjala di situ.

BACA LAGI: Bukan tak boleh pelajar tahfiz pergi konsert, ini penjelasan Mufti

"Haram hukumnya kalau ambil dan makan sesuatu yang bukan milik kita, kalau dapat keizinan daripada pemilik baru boleh ambil.

"Aktiviti menjala di kawasan kubur itu pun sememangnya tidak sepatutnya dilakukan, tetapi jika udang itu melimpah dari kawasan sungai maka harus mereka mengambilnya dengan syarat perlu menghormati jenazah.

"Selidik dulu sebelum tangkap kalau tidak hukumnya haram bagi mereka yang terlibat di situ," katanya kepada Majoriti.

Belum ada sebarang kenyataan polis berhubung hal itu setakat ini dan orang ramai dinasihatkan agar sentiasa peka dengan hukum halal dan haram seperti diperkatakan Dr Wan Salim. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram