[VIDEO] Lagi kes halang ambulans, pemandu Ertiga didakwa 'buat pekak' tak hirau siren kecemasan di Kulim


  • Tular
  • Selasa, 09 Jan 2024

Tangkap layar sebuah kereta jenis Proton Ertiga menghalang kenderaan ambulans di sebuah jalan raya dekat Kulim, Kedah pada Selasa.

SEORANG pemandu kereta jenis Proton Ertiga didakwa sengaja menghalang kenderaan ambulans di sebuah jalan raya dekat Kulim, Kedah pada Selasa.

Meskipun siren kecemasan dibunyikan ketika kejadian, pelaku yang dirakam memandu laju di lorong kanan enggan memberi laluan kepada kenderaan tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Luluh hati isteri, suami meninggal dunia gara-gara pemandu bongkak halang laluan ambulans

Sebuah kenderaan di hadapannya terlebih dahulu sudah membuka laluan buat ambulans terbabit namun ia gagal diikuti pemandu kereta berwarna kelabu berkenaan.

Video tular itu dikongsikan di laman Facebook dan meraih lebih 2,000 tontonan setakat ini.

Terdahulu, seorang pemandu Perodua Kembara yang rakamannya tular di media sosial kerana enggan memberi laluan kepada kenderaan ambulans di Sri Aman, Sarawak, telah ditahan polis pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mathew Manggie berkata, lelaki itu telah diambil tindakan di bawah Kaedah 9, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 166/59 iaitu kesalahan tidak beri laluan kepada ambulans.

BACA LAGI: [VIDEO] Rider langgar wanita di Wangsa Maju bersungguh-sungguh ‘explain’ sebelum tiba-tiba hilang lepas ambulans sampai

"Pada Jumaat, lebih kurang pukul 3.00 petang telah tular sebuah video di media sosial mengenai sebuah kereta yang tidak beri laluan kepada ambulans yang dalam kecemasan membawa pesakit ke Hospital Sri Aman.

"Kejadian berlaku di Kilometer (KM) 6, Jalan Sri Aman-Kuching.

"Sehubungan itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasa Trafik Sri Aman telah mengambil tindakan mengesan kenderaan tersebut dan pemandu terbabit telah diambil tindakan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Namun, belum ada sebarang kenyataan berhubung kes di Kulim setakat ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai berhampiran untuk membuat laporan lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram