SEORANG wanita mengalami kecederaan serius selepas didakwa langgar lari oleh seorang penunggang motosikal di hadapan pusat beli- belah dekat Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada Khamis.
Seorang individu yang hanya dikenali sebagai @caupandan menerusi akaun X (Twitter) pada hari yang sama mendakwa, penunggang motosikal lelaki tersebut terus melarikan diri sebaik sahaja ambulans tiba.
"Berkemungkinan kes langgar dan lari.
"Orang yang langgar itu tiba-tiba hilang sejurus ambulans sampai.
"Dia sempat cerita apa yang terjadi sebelum menghilangkan diri. Aku sempat rakam muka dia (baju kelabu)
"Tolong beritahu keluarga M******e W*i H*u C***g," ciapnya.
POSSIBLE HIT & RUN accident depan Wangsa Walk.
Org yang langgar tu tiba2 hilang lepas ambulance sampai. Dia sempat cerita apa yg jadi pastu hilang. Aku sempat rakam muka dia (baju grey).
Someone please notify the family of Michelle Wei Hiu Chang that she’s been in an accident. pic.twitter.com/xXHqkXLJUk
— Unnamed Pedestrian (@caupandan) January 4, 2024
Melalui video berdurai 26 saat yang dikongsikan itu, kelihatan seorang wanita terbaring di tepi jalan dan dua petugas kesihatan juga dilihat sedang membantu memberikan rawatan awal padanya.
Sementara itu, kelihatan seorang lagi lelaki yang berbaju kelabu yang didakwa melanggar wanita tersebut sedang menceritakan kronologi kejadian kepada petugas tersebut.
Katanya, dia tidak melanggar perempuan tersebut sebaliknya dilanggar.
"Tadi dia (mangsa) lalu, dia kena langgar dengan saya. Dia jalan (melintas jalan) dan lampu isyarat pejalan kaki sudah nak merah.
"Dia lari dan terus langgar saya," tulisnya.
Video tersebut menjadi bualan ramai dan ada yang berpendapat lelaki berkenaan tidak melarikan diri.
"Mungkin dia dah pergi balai buat laporan dan bukan melarikan diri," kata @realshahr.
Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram