HAJAT seorang pelanggan menikmati makanan tengah harinya terbantut apabila melihat seekor anak tikus menjilat garfu yang ditinggalkan di meja depan.
Menerusi video yang tular sejak Rabu, rakaman itu memaparkan haiwan berkenaan dengan selamba menaiki meja di sebelah individu berkenaan dan pergi ke arah makanan yang ditinggalkan.
"Baru nak makan, tiba-tiba 'Ratatouille' datang teman," katanya.
Menurut individu berkenaan, kejadian itu berlaku salah sebuah restoran mamak. Namun tidak dinyatakan lokasi sebenar.
Video yang dimuat naik itu juga meraih lebih 80,000 tontonan setakat ini.
Walaupun keadaan tersebut agak jijik dan menggelikan namun rata-rata warga maya terhibur dengan kecomelan anak tikus terbabit.
Seorang pengguna media sosial, SZ berkata, walaupun haiwan tersebut menggelikan tetapi dia terkesima melihat kecomelan tikus tersebut.
"Ini memang pertama kali aku melihat tikus secomel itu. Geram, rasa nak bawa balik,"katanya.
"Comel saja dia nak makan pakai garfu, tikus pembersih ini rasanya," kata Malique33.
Sementara itu, yellow melooe meninggalkan komen lawak video tersebut dan menggelar haiwan tersebut sebagai chef sebenar restoran berkenaan.
"Heyyyy, itu Ratatouille, tukang masak kedai masak. Tadi dia lupa letak perencah garam, itu yang dia nak rasa guna sudu," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram