[VIDEO] Pelanggan kesal terima 'teh o ais mangkuk' kotor, berbau sampah di Bandar Tun Razak


  • Tular
  • Sabtu, 15 Apr 2023

Tangkap layar sebuah restoran menghidangkan minuman menggunakan bekas pasu kotor di Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.

SEBUAH restoran di Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur didakwa gagal mengekalkan kebersihan penyediaan makanan dan minuman di premisnya apabila menghidangkan bekas yang kotor dan berbau busuk kepada pelangan.

Menerusi perkongsian dimuat naik di laman Twitter menyaksikan restoran berkenaan menggunakan bekas pasu yang terpakai dan dikatakan berbau seperti sampah.

Pesanan minuman dalam mangkuk yang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia itu merupakan kebiasaan bagi masyarakat apabila dihidangkan minuman dalam bekas ataupun pasu kecil.

Namun, amalan kebersihan perlu dikekalkan walau apa jua bekas yang digunakan dan premis berkenaan nyata gagal mempraktikkan perkara tersebut.

Salah seorang warganet di Twitter berpendapat, perkara itu satu masalah yang sangat serius dan kerap dipandang remeh oleh pemilik restoran ketika ini.

"Dorang bukannya basuh pun, mana yang pesan air ikat tepi letak dalam pasu tu, air dah habis atau pelanggan balik dorang tak akan basuh pun pasu itu, serik dah kedai macam ini, minum air pun boleh muntah," ujar Nrlshafika.

"Kembang tekak, entah-entah bekas yang buang sisa makanan dalam sinki itu dia guna, berkulat macam itu gelinya," kata Yulhadri.

"Kedai ini memang di sebelah tong sampah dan longkang pun, duduk makan boleh bau longkang dekat tepi," tambah Mustahireen.

Dalam pada itu, beberapa individu turut berkongsi pengalaman apabila pernah melalui situasi sama di restoran berkenaan.

"Baru je kena tadi, ambil dari longkang sampah ke tak tahulah," kata FaaezAmiruddin.

"Dekat bawah rumah aku je ni, dulu bersih dan sedap masakan dia tapi sekarang dah kurang dan harga makin mahal. Bab kebersihan memang lama dah tak makan dekat situ," jelas Apish.

Belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung perkara tersebut dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membuat laporan segera. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram