KJ tidak sertai mana-mana parti, hanya bantu PN buat sementara waktu


  • Massa
  • Selasa, 20 Jun 2023

Khairy Jamaluddin dikatakan akan membantu PN dalam kempen pilihan raya negeri akan datang. — The Star

MENURUT sumber, Khairy Jamaluddin dikhabarkan tidak akan menyertai mana-mana parti politik buat masa sekarang tetapi hanya akan membantu Perikatan Nasional (PN) dalam kempennya pada pilihan raya negeri akan datang.

Sumber itu berkata, Khairy menyampaikan perkara itu kepada Pengerusi PN dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mereka mengadakan pertemuan pada Isnin.

juma

Khairy menyiarkan foto dirinya bersama Muhyiddin di laman Instagram peribadinya.

Sebelum ini, terdapat laporan mengatakan pertemuan kedua-dua pemimpin berkenaan bertujuan membincangkan tawaran Muhyiddin untuk mendapat kerusi dalam majlis tertinggi Bersatu jika Khairy bersetuju menyertai parti tersebut.

Khairy, bekas menteri dan bekas Ahli Parlimen Rembau, dipecat daripada Umno selepas pilihan raya umum lalu kerana didakwa menentang presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Buat masa ini, Khairy memberitahu Muhyiddin bahawa beliau tidak akan menyertai Bersatu secara rasmi tetapi akan mengambil bahagian dalam kempen Perikatan di enam negeri iaitu Kelantan, Kedah, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan," kata sumber itu pada Selasa.

"Beliau juga berterima kasih kepadanya atas tawaran kerusi majlis tertinggi tetapi memaklumkan lebih suka memainkan peranan secara secondary dalam menyokong Perikatan menentang kerajaan perpaduan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

"Muhyiddin telah menerima pendirian Khairy.

"Peranan yang akan dimainkannya adalah serupa dengan bekas pemimpin Umno, Tan Sri Noh Omar," tambah sumber itu.

Tan Sri Noh Omar, bekas menteri dan ketua Umno Selangor aktif dalam kempen PN menjelang pilihan raya negeri.

Bagaimanapun, beliau masih belum mengumumkan sama ada akan menyertai mana-mana parti komponennya setakat ini.

Terdahulu pada Selasa, Presiden Gerakan, Datuk Seri Dominic Lau memberitahu Sin Chew Daily bahawa Khairy tidak perlu menjadi ahli mana-mana parti komponen untuk menyokong PN pada pilihan raya negeri akan datang. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram