[VIDEO] Dah macam arena 'royal rumble', lagi kes pelajar dibuli ramai-ramai dalam tandas


  • Tular
  • Selasa, 13 Jun 2023

Tangkap layar seorang pelajar seorang pelajar lelaki dipukul dan ditendang berkali-kali di dalam sebuah tandas oleh pelajar lain.

BAHARU saja reda kes seorang pelajar dibuli, timbul pula video aksi seorang pelajar sekolah dipukul, ditampar dan ditendang oleh pelajar lain pada Selasa.

Menerusi perkongsian di laman Twitter @nan manjoi8715, kejadian tersebut dipercayai berlaku di dalam tandas sebuah sekolah, namun tidak dapat dipastikan lokasi sebenarnya dan tarikh insiden tersebut.

"Tak pasti kejadian di mana kerana tiada info lanjut," tulisnya.

Berdasarkan klip video berdurasi 59 saat itu, kelihatan pembuli memukul, menampar dan menyepak mangsa bertalu-talu sambil dirakam oleh rakannya.

BACA LAGI: [VIDEO] Lagi kes buli, kali ini pelajar pukul rakan dalam tandas sekolah

Turut kelihatan seorang lagi pelajar dipercayai rakan pembuli membaling baldi ke arah mangsa.

Lebih menggeramkan lagi, mangsa tidak melawan dan beberapa pelajar lain dilihat seakan-akan mengambil peluang memukul mangsa.

Menjengah ke ruangan komen, pengguna Twitter, @Rafique mengecam tindakan pembuli tersebut dan Polis Diraja Malaysia menyiasat perkara itu.

"Makin menjadi kes buli budak sekolah ini, polis tolong ambil tindakan lanjut," katanya.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram