Lelaki terkunci, pengsan dalam tandas ditemukan meninggal di Setia Alam


  • 112
  • Isnin, 12 Jun 2023

Mangsa yang disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan KKM di tempat kejadian. — Ihsan bomba

SEORANG lelaki yang terkunci di dalam tandas dan dipercayai pengsan, ditemui mati dalam bilik air di kediamannya di Jalan Setia Utama, Setia Alam, Selangor pada Isnin.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba Selangor, Muhammadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.04 pagi Isnin.

"Berdasarkan maklumat awal terdapat seorang lelaki terkunci di dalam tandas selain dipercayai pengsan.

"Seramai enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik bergegas ke lokasi kejadian.

“Setelah pintu berjaya dibuka didapati mangsa tidak sedarkan diri di atas lantai.

"Mangsa yang dikenali sebagai Simon Tan Cheng Kim berusia 55 tahun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Bomba memaklumkan bahawa isteri mangsa membuat panggilan kecemasan selepas mendapati suaminya terkurung di dalam tandas rumah mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram