[VIDEO] Lagi kes buli, kali ini pelajar pukul rakan dalam tandas sekolah


  • Tular
  • Jumaat, 19 Mei 2023

Tangkap layar seorang pelajar seorang pelajar lelaki  dipukul dan ditendang berkali-kali di dalam sebuah tandas  oleh pelajar lain.

MASIH belum reda kes seorang pelajar Tingkatan Tiga dari sebuah sekolah di Gombak yang dibelasah sekumpulan rakannya secara beramai-ramai, kini muncul pula kes terbaharu apabila video rakaman sekumpulan pelajar bertumbuk tular di media sosial.

Menerusi rakaman klip video berdurasi 32 saat itu yang tersebar di Twitter Malaysia Most Viral pada Jumaat itu memaparkan seorang pelajar lelaki dipukul dan ditendang berkali-kali di dalam sebuah tandas oleh pelajar lain.

Difahamkan insiden buli itu berlaku di sebuah sekolah menengah namun tidak dinyatakan lokasi dan tarikh sebenar kejadian berkenaan.

Lebih menyakitkan hati, video itu turut dirakam oleh rakan si pembuli dan diperhatikan pelajar lain.

Kedua-dua pelajar yang memakai baju sukan itu turut menggunakan pelitup muka.

Mangsa yang dipukul dan ditendang bertubi-tubi oleh pembuli berkenaan dilihat tidak melawan dan terlihat ketakutan.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram