SEORANG warga emas dan dua cucunya berdepan detik cemas selepas kereta dinaiki mereka merempuh kedai serbaneka di sebuah stesen minyak di Jalan Bukit Rambai, Melaka pada Ahad.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, mangsa yang berusia 69 tahun serta dua cucunya, masing-masing 12 dan 13 tahun mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian mangsa yang memandu kereta jenis Hyundai Sonata baru sahaja selesai mengisi minyak dan ingin meneruskan perjalanan.
“Dia bagaimanapun tertekan pedal minyak semasa memasuki gear D dan terbabas merempuh kedai serbaneka di pam minyak tersebut.
“Akibat kemalangan itu, pemandu yang merupakan seorang pesawah dan dua cucunya mengalami kecederaan ringan.
"Kesemua mangsa dibawa ke hospital oleh ahli keluarga yang kemudian tiba di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Tambah Christopher, kesemua mangsa dibawa ke hospital oleh ahli keluarga yang kemudian tiba di lokasi kejadian.
"Pada masa sama, pengurus stesen minyak berkenaan sudah melaporkan kejadian tersebut insiden itu juga tidak melibatkan kecederaan kepada orang awam.
“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram