SEORANG lelaki tidak sedarkan diri dipercayai terkena renjatan elektrik dalam satu kejadian di susur keluar Laguna Park, Pulau Indah, Klang, Selangor pada Khamis.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.04 petang Khamis.
"Laporan awal Komander Operasi, Izuwan Bin Salleh berkata, kejadian melibatkan seorang mangsa lelaki anggaran umur 30-an terkena renjatan elektrik di dalam lurang (main hole) di lokasi kejadian.
"Anggota yang terlibat masih menunggu bantuan dari pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menyelamatkan mangsa kerana masih ada arus elektrik di dalam main hole tersebut," katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.
Setakat berada ini ditulis, pihak bomba masih lagi berada di lokasi kejadian dan mangsa belum dapat diselamatkan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram