TINDAKAN seorang lelaki dipercayai memandu dalam keadaan mabuk mengundang kecaman orang ramai pada Selasa.
Melalui satu video tular yang dimuat naik di akaun Tiktok airinesabrina memaparkan lelaki berkenaan turut memegang objek seperti botol arak.
Menerusi video berdurasi 13 saat itu, insiden tersebut dirakam oleh pengguna jalan raya yang lain di sebuah persimpangan lampu isyarat.
Namun tidak dapat dipastikan lokasi sebenar kejadian berlaku.
Perakam yang dipercayai rakan kepada berkenaan turut menegur tindakan kawannya itu dan menyuruhnya menyimpan botol berkenaan ke dalam kereta namun tidak diendahkan.
Dia kemudiannya kedengaran menyuruh rakannya untuk merakam lagi video.
"Keep this s**t on the camera. This is Kuala Lumpur, Selangor. Kerabat diraja," katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata -rata warga maya berasa kurang senang dengan tindakan lelaki tersebut yang memandu dalam keadaan mabuk dan meminta pihak polis untuk mengambil tindakan segera.
"Hello polis, sila ambil tindakan. Ada orang gila memandu dalam keadaan mabuk disini. Bahaya," kata Izman.
"Budak mabuk, baru nak kenal dunia. Selepas ini masuk lokap pula," kata Ariff Sufian.
Sementara itu, Shelly Berdindang mengharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap lelaki tersebut.
"Harap-harap pihak polis ambil tindakan segera terhadap lelaki ini. Sangat berbahaya untuk pengguna jalan raya yang lain.
Untuk makluman, pindaan Seksyen 44 iaitu memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah hingga menyebabkan kematian memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun atau maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada RM50,000 dan tidak melebihi RM100,000. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram