[VIDEO] Terbaik! Tindakan pegawai TLDM selamatkan anak anjing lemas dapat pujian


  • Tular
  • Selasa, 25 Apr 2023

Tangkap layar dua orang pegawai TLDM menyelamatkan seekor anak anjing.

TINDAKAN sekumpulan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menyelamatkan seekor anak anjing daripada lemas dalam laut berhampiran sebuah dermaga mendapat pujian daripada warga maya baru-baru ini

Menerusi video tular yang dimuat naik di akaun TikTok @khaixzaa pada Isnin memaparkan dua anggota berkenaan sanggup menggadai nyawa terjun ke laut tersebut demi menyelamatkan anak anjing itu.

Dalam video berdurasi lebih daripada 22 minit tersebut, kelihatan salah seorang daripada mereka memegang pelampung keselamatan berenang menuju ke haiwan berkenaan sebelum dibantu seorang lagi rakannya yang turut terjun untuk menyelamatkan haiwan berkenaan.

Turut kelihatan beberapa pegawai yang lain membantu lelaki tersebut dengan mengangkat anak anjing yang diselamatkan ke tempat yang lebih selamat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan para pegawai berkenaan.

"Terima kasih. Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas kebaikan anda," kata Anggerik Hutan.

"Terbaik anggota TLDM yang menolong anak anjing itu. Semoga dipermudahkan urusan kamu semua," tulis Kazim mAT.

"Alhamdulillah terima kasih orang-orang baik. Semoga dipermudahkan urusan," tulis eja@mimosapudica.

Setakat berita ini ditulis, tidak dapat dipastikan tarikh dan lokasi sebenar kejadian itu berlaku. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram