[VIDEO] 'Abang kawasan' berkain pelikat terima pujian maki mat rempit di Kemaman


  • Tular
  • Ahad, 23 Apr 2023

Tangkap layar seorang lelaki memarahi sekumpulan mat rempit di Bandar Chukai Kemaman, Kemaman, Terengganu pada Ahad.

BERANG dengan tindakan sekumpulan mat rempit menunggang dengan laju dan mengganggu ketenteraman orang awam, seorang lelaki mengambil inisiatif tersendiri dengan cuba menegur tindakan remaja berkenaan.

Difahamkan kejadian itu berlaku berhampiran Pasaraya Samamaju Geliga, Bandar Chukai Kemaman, Kemaman, Terengganu pada Ahad.

Melalui video tular yang dimuat naik di laman Facebook JB TRACER: Johor Bahru Traffic, Crime & Community Service Report, tindakan lelaki yang hanya berkain pelikat dan berbaju singlet jitam itu turut dipuji orang awam kerana tindakkannya yang berani menegur sekumpulan mat rempit berkenaan.

"'Abang kawasan' marah mat rempit buat bising dan berlumba. Lokasi di Pasaraya Samamaju Geliga, Bandar Chukai Kemaman," tulisnya.

Dalam video berdurasi 26 saat itu memaparkan sekumpulan lelaki disyaki berlumba di atas jalan raya yang sesak.

Pada masa sama, mat rempit yang menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya itu juga lengkap berpakaian baju Melayu.

Manakala, lelaki yang hanya berkain pelikat berkenaan memegang dua batang kayu dipercayai digunakan untuk meleraikan sekumpulan mat rempit tersebut.

Dia yang berdiri di sebelah kiri jalan turut dilihat memarahi sekumpulan mat rempit tersebut yang berkumpul di depan deretan sebuah kedai.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut mengecam tindakan sekumpulan pemuda yang menunggang motosikal berkenaan.

Khairul Aimiza berkata berpendapat sekumpulan mat rempit berperangai seperti binatang.

"Bila sudah ramai seperti ini terus bertukar menjadi beruk perangai masing-masing," katanya.

UncleNeo Sager memuji tindakan lelaki tersebut yang menegur tindakan menggunakan cara kasar.

"Hantar seorang sahaja manusia, beratus 'beruk' (mat rempit) menggelupur," tulisnya.

"Not all heroes wears cape, some wears sarong," kata Patrick Jeganathan.

Untuk makluman ramai, mereka yang didapati menunggang secara berbahaya boleh didakwa di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan.

Sekiranya didapati bersalah, pengguna jalan raya boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram