[VIDEO] Bukan main lagi dia! padah buat aksi 'wheelie', pasangan sedondon baju biru muda kini dalam buruan polis Kelantan


  • 112
  • Selasa, 25 Apr 2023

Tangkap layar penunggang motosikal yang membonceng seorang wanita dengan melakukan aksi berbahaya di Kelantan baru-baru ini.

PADAH buat aksi berbahaya atas jalan raya, penunggang motosikal yang membonceng seorang wanita dengan melakukan aksi wheelie kini dalam buruan polis.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Jalan Pasir Puteh, Kampung Peringat, Kota Bharu, Kelantan.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi berkata, pihaknya mengarahkan JSPT Kontinjen Kelantan untuk mengesan penunggang motosikal tersebut.

"Polis sedang mengesan penunggang motosikal yang membonceng seorang wanita berpakaian baju Melayu dengan melakukan aksi berbahaya wheelie iaitu mengangkat tayar motosikal seperti dirakamkan dalam video tular.

"Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Jalan Pasir Puteh, Kampung Peringat, Kota Bharu, Kelantan.

"Sehubungan itu, penunggang motosikal berkenaan diminta hadir ke balai polis berdekatan bagi memberi keterangan dan membantu siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya pada Selasa.

Video tersebut mula tular sejak Isnin dan memaparkan kedua-dua lelaki dan wanita tersebut memakai sepersalinan baju melayu dan kurung berwarna biru muda sambil melakukan aksi berbahaya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram