Pemuda, Puteri Umno diterajui muka baharu, Noraini kekal ketuai sayap Wanita sesi 2023-2026


  • Politik
  • Isnin, 13 Mac 2023

Noraini (kiri) hadir ketika Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 pada Januari lalu.

PEMILIHAN Umno 2023 yang bermula 1 Februari lalu menyaksikan dua jawatan tertinggi iaitu Presiden dan Timbalan Presiden sah tidak dipertandingkan.

Sebaliknya, ia membabitkan pemilihan jawatankuasa, pemuda, wanita dan puteri cawangan baharu yang berlangsung sehingga 26 Februari iaitu selama 26 hari.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno (JPU) 2023, Tan Sri Shahrir Samad dilapor berkata, Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad kekal menerajui sayap wanita Umno bagi penggal 2023-2026.

Katanya, Noraini memperoleh 112 undi daripada 188 bahagian, meninggalkan jauh pesaing terdekatnya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Sementara itu, Shahrir Samad berkata, Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno pula masing-masing diterajui oleh muka baharu.

Jawatan Ketua Pemuda Umno dimenangi Mohamad Akmal Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau dan Exco Melaka.

Pada masa sama, katanya, jawatan Ketua Puteri Umno dimenangi bekas Naib Ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi yang menewaksan lima pesaingnya.

Katanya, sebanyak 188 bahagian Wanita dan Puteri Umno bersidang pada pemilihan kali ini, manakala Pemuda membabitkan 187 bahagian.

Berikut merupakan senarai penuh pemenang bagi pemilihan sayap Umno 2023:

Wanita Umno (188 bahagian bersidang)

file7ogfkk9siv5gvuhhopy

Noraini ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 pada Januari lalu.

Ketua Wanita: Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (112 undi)

Naib Ketua Wanita: Datuk Norliza Abd Rahim (123 undi)

Exco:

1. Naszriah Ngasri (159 undi)

2. Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid (146 undi)

3. Wan Mohalina Wan Mohamad (108 undi)

4. Datuk Haryaty Hamdzah (107 undi)

5. Datuk Lateffah Aliyaru Kunju (105 undi)

6. Hisham Suhaily Othman (102 undi)

7. Azizah Harun (102 undi)

8. Madihah Abd Aziz (100 undi)

9. Hasrunizah Hasan (99 undi)

10. Shamsidar Amir (97 undi)

11. Datuk Halimah Mohamad Sadique (94 undi)

12. Jumaeah Masdi (93 undi)

13. Maizatulakmam Othman @ Ibrahim (92 undi)

14. Haslinda Salleh (89 undi)

15. Musliati Moslimin (88 undi)

16. Zarina Abdol Majid (87 undi)

17. Waheedah Faruz Telahah (86 undi)

18. Datuk Dr Wan Noorashikin Wan Noordin (86 undi)

19. Datuk Latipah Omar (86 undi)

20. Datuk Roslin Abdul Rahman (86 undi)

Pemuda Umno (187 Bahagian bersidang)

333993412_2128642320679986_621440070061180570_n

Muhammad Akmal muka baharu terajui sayap Pemuda Umno. — Facebook Akmal Salleh

Ketua Pemuda: Dr Muhamad Akmal Salleh (122 undi)

Naib Ketua Pemuda: Mohd Hairi Mad Shah (87 undi)

Exco:

1. Mohd Haffiz Arifin (133 undi)

2. Mohd Khairul Azman Abdul Azez (133 undi)

3. Fikhran Hamshi Mohamad Fatmi (124 undi)

4. Shah Zanuriman Nuar Paras Khan (123 undi)

5. Md Fadzmel Md Fadzil (123 undi)

6. Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin (117 undi)

7. Mohd Kamal Ulum Morsin (111 undi)

8. Mohd Shauqi Ibnihajar Ahmad (104 undi)

9. Mohammad Sollehin Mohamad Tajie (104 undi)

10. Ahmad Zaim Ahmad Tawfek (103 undi)

11. Mohamad Aliff Hilmi (98 undi)

12. Muhammad Nur Aizat Noor Azam (98 undi)

13. Mohd Rafiq Mohd (97 undi)

14. Muhamad Saifullah Ali (86 undi)

15. Mohd Asyraf Zainal (82 undi)

16. Datuk Hasry Sham Chasmen (80 undi)

17. Mohd Saiful Mat Safri (79 undi)

18. Mohd Fadini Rahim (78 undi)

19. Aznan Tamin (73 undi)

20. Md Jamil Pauzi (71 undi)

Puteri Umno (189 Bahagian bersidang)

file7ozuzw36o091hlhge6of

Nurul Amal (kiri) menyerahkan borang pencalonannya sebagai Ketua Puteri Umno pada Februari lalu.

Ketua Puteri: Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi (89 undi)

Naib Ketua: Siti Sokhleha Nordin (115 undi)

Exco:

1. Nurul Syifaa Mohd Ridzwan Goh (167 undi)

2. Engku Juliani Engku Mokhtar (159 undi)

3. Nooryana Najwa Najib (159 undi)

4. Nik Zakirah Farhanis Zakimi Na Rahim (158 undi)

5. Nurfazreen Elyana Muhamad Zailan (142 undi)

6. Shaninah Sani (140 undi)

7. Shahril Shamshunilani Mohd Shariff (136 undi)

8. Norshaidatul Akhmar Sharudin (133 undi)

9. Haryani Sukarman (126 undi)

10. Reena Awliyatul Imani Reezal Merican (123 undi)

11. Hasnor Hafiza Hussin (122 undi)

12. Dayang Nurfazlin Nordin (121 undi)

13. Nor Zakiah Azmi (121 undi)

14. Nur Sabrina Sukardi (120 undi)

15. Raja Sara Raja Petra (114 undi)

16. Nurdiyana Musfirah Hadhri (110 undi)

17. Nor Akmal Muhammad (104 undi)

18. Nadhirah Afiqah Abdull Rahim (102 undi)

19. Nur Arina Kamarulzaman (100 undi)

20. Wan Nu-rulhuda Wan Ikmal Hisham (99 undi)

Umno pertama kali menangguhkan pemilihannya yang sepatutnya diadakan pada 2021 sehingga tempoh 18 bulan, berakhir Disember 2022.

Namun pada akhir tahun lalu, Umno meminda Fasal 10.16 Perlembagaannya dan membenarkan penangguhan sekali lagi pemilihan iaitu enam bulan selepas pilihan raya peringkat Dewan Rakyat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram