PEMILIHAN Umno penggal 2023-2026 menyaksikan tumpuan terarah kepada persaingan bagi merebut tiga slot untuk mengisi kekosongan jawatan naib presiden.
Ia selepas Perhimpunan Agung Umno 2022 (PAU2022) pertengahan Januari lalu memutuskan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden parti itu untuk pemilihan kali ini.
Langkah tersebut diambil dipercayai untuk mengelakkan berlakunya krisis perpecahan yang dilihat berlaku dalam kalangan pemimpin tertinggi dan berpengaruh yang berada dalam Umno.
Persaingan naib presiden kali ini memperlihatkan dua daripada penyandangnya iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid tampil untuk bertanding untuk mempertahankan jawatan tersebut.
Sementara seorang lagi penyandangnya yang juga bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin mengesahkan beliau tidak berhasrat untuk bertanding bagi jawatan tersebut pada kali ini.
Dalam pada itu, calon lain turut menawarkan dalam persaingan tujuh penjuru itu ialah Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohamad dan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Pada masa sama, terdapat dua Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno mengesahkan ikut serta bersaing iaitu Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Dalam situasi imej parti dilihat semakin merudum khususnya rentetan daripada beberapa peristiwa berlaku pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), pemilihan kali ini memberikan ruang kepada Umno bagi menetapkan semula hala tuju kepimpinannya.
Keputusan diperoleh kali ini berpotensi menjadi titik penting memacu perubahan dan pemulihan Umno untuk kembali menjadi pemain utama mencorak politik negara.
Awang berkata, antara perkara penting perlu diambil kira oleh perwakilan dalam pemilihan kali ini adalah terhadap usaha untuk melaksakan pemutihan dalam parti.
Untuk merealisasikan perkara tersebut, Felo Penyelidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, perwakilan parti seharusnya membuat pilihan tepat dalam pemilihan barisan kepimpinan parti.
Ia termasuk dalam menentukan individu yang bakal mengisi jawatan Naib Presiden Umno yang merupakan jawatan ketiga tertinggi dalam hierarki parti tersebut.
Beliau berkata, antara perkara penting perlu diambil kira oleh perwakilan dalam pemilihan kali ini adalah terhadap usaha untuk melaksakan pemutihan dalam parti.
1) Hormat institusi parti
Awang berkata, Umno ketika ini berhadapan dengan cabaran untuk membentuk sebuah pasukan kepimpinan yang bersatu-padu dalam menetapkan asas perjuangan parti.
Sehubungan itu, beliau berkata, pemimpin dipilih perwakilan kali ini seharusnya terdiri daripad mereka yang menghormati institusi parti dan mampu mengekalkan perpaduan di dalam parti.
"Ini untuk pastikan mereka terpilih itu benar-benar beri sokongan terhadap parti, boleh bekerjasam sebagai satu pasukan dan memastikan umno adalah satu.
"Bukan ada suara kedua dan ketiga, dan bukan mereka yg keluar dari garisan parti itu sendiri. Ini bagi mengelakkan berlakuya pengkhianatan dalam kalangan pemimpin itu sendiri terhadap Umno," katanya kepada Majoriti.
2) Tidak raih sokongan dengan cara populis
Katanya, kenyataan dikeluarkan oleh pimpinan yang hanya memburuk-burukkan parti dan hanya bersifat untuk meraih sokongan menjadi antara punca utama yang merosakkan imej Umno.
Dalam pada itu, Awang berkata, kewujudan pemimpin yang bersikap populis dalam menyatakan pendiriannya dalam parti juga dilihat mampu menjejaskan usaha pemulihan yang sedang dilaksanakan Umno.
Katanya, kenyataan dikeluarkan oleh pimpinan yang hanya memburuk-burukkan parti dan hanya bersifat untuk meraih sokongan menjadi antara punca utama yang merosakkan imej Umno.
"Mereka beri gambaran seolah-olah Umno sudah rosak dan sebagainya. Inilah yang sebabkan orang luar daripada Umno menjauhkan diri dan yang berada dalam Umno berasakan dilema dan dalam keadaan serba salah," ujarnya.
Awang menjelaskan, pemimpin baharu yang dipilih oleh Umno seharusnya mampu untuk bekerja secara berpasukan dan tidak mementingkan diri semata-mata untuk mencari sokongan.
3) Mampu beri nafas baharu dengan idea progresif
Sementara itu, selari dengan keperluan perkembangan politik di dalam negara, pimpinan baharu Umno juga perlu terdiri daripada mereka yang berfikiran progresif dan terbuka kepada perubahan.
"Untuk Umno bergerak ke hadapan, mereka memerlukan pemimpin yang progresif dan boleh bercakap bukan sahaja isu nasional tapi juga global.
"Bukan sahaja hanya berteriak-teriak dalam perhimpunan tapi sebaliknya pemimpin yang realistik dan boleh berunding secara bijaksana," ujarnya.
Awang menambah, sebagai sebuah parti politik, Umno dilihat sememangnya memiliki barisan pelapis baik dan bersedia untuk ke hadapan sama ada di peringkat pemuda, puteri mahupun wanita.
Pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri parti itu bakal diadakan pada 11 Mac manakala bagi Jawatankuasa Umno Bahagian, Jawatan Naib Presiden serta Ahli Majlis Tertinggi pula pada 18 Mac.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram