TAK RASMI: Noraini peroleh 37 undi, tinggalkan Shahrizat rebut Ketua Wanita Umno


  • Politik
  • Sabtu, 11 Mac 2023

Noraini berucap ketika Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 pada Januari lalu.

PENYANDANG kerusi Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mendahului majoriti, dengan memperoleh 37 undi.

Pesaing terdekatnya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, yang pernah menerajui pergerakan sayap Wanita Umno memperoleh 25 undi berdasarkan keputusan disiarkan Umno setakat pukul 10.45 malam Sabtu.

Sementara itu, penyandang Naib Ketua Puteri Umno, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi, mendahului persaingan bagi merebut jawatan Ketua Puteri Umno sehingga kini.

file7ozuzv8xj005l47n6oe

Nurul Amal

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Nurul Amal atau lebih dikenali sebagai Along, memperoleh 50 undi.

Beliau meninggalkan lima calon lain termasuk Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Khaidhirah Abu Zahar yang memperoleh 24 undi.

Empat calon lain ialah penyandang Ketua Puteri Umno Bahagian Pandan, Wan Noor Akyilah Wan Shapuddin yang memperoleh dua undi; Masliha Harun (11), Fadwah Anuwar (8) dan Nurul Hazwani Haslan (6). — Majoriti

Menyusul...

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram