ORANG awam meluahkan rasa bimbang selepas beberapa gambar dua individu lelaki melakukan perbuatan tidak senonoh di salah sebuah stesen kendalian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang terletak di stesen RP Parit C Sg Labu, Sepang, Selangor pada Isnin.
Gambar tersebut dikongsikan oleh orang awam dan dimuat naik semula di halaman Facebook Sepang Viral pada selasa.
"Assalamualaikum Majlis Perbandaran Sepang (MPS) dan pegawai JPS. Mohon perhatian ada individu yang dipercayai melakukan perkara sumbang.
"Individu dipercayai dua lelaki di pintu air JPS. Kejadian dirakam di RP Parit C Sg Labu, bertarikh 20 Februari (hari banjir) pukul 21.59 malam Isnin," tulisnya.
Pada masa sama, pentadbir halaman Facebook berkenaan turut menasihati individu berkenaan untuk bertaubat.
"Kepada pelaku, ingatlah perkara sumbang seperti ini membawa laknat ALLAH. Marilah kita bertaubat kerana ALLAH Maha Pengampun lagi Penyayang.
"Kepada masyarakat, sampaikanlah walaupun sepotong ayatNYA. Jangan sampai bila orang bagi nasihat agama dia remove dari group," tulisnya.
Difahamkan, individu berkenaan sudah cuba menghubungi pihak JPS namun gagal.
Dalam gambar yang dimuat naik laman sosial media berkenaan memaparkan dua orang lelaki dilihat sedang duduk berdua-duan kawasan tersebut. Kedua-dua mereka dipercayai datang ke lokasi kejadian menggunakan sebuah motosikal.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengecam tindakan kedua-dua lekaki berkenaan yang berani melakukan perbuatan jijik itu.
Seorang warganet, Harun Clarks berasakan tersebut sudah tercemar disebabkan oleh kedua-dua lelaki berkenaan.
"Patut air di Sepang,Langat selalu tercemar. Dua 'mangkuk' ini puncanya," tulisnya.
Menurut Hamidah Cute pula kawasan tersebut selalu dijadikan oleh segelintir individu untuk melakukan maksiat kerana lokasi yang jauh dari kawasan lain.
"Port (tempat) orang selalu buat benda pelik-pelik kat sini. tak hairan pun, sunyi dan jauh. Ada yang datang naik motosikal dan kereta. Manusia-manusia, inilah punca Sepang selalu banjir. Maksiat puncanya," luahnya.
Muhammad Shafie meluahkan rasa marah apabila melihat gambar-gambar tersebut.
"'Mangkuk' betul spesis laknat ini, tempat banjir lagi 'mengunyit'. Sapa-sapa jumpa tolong benamkan kepala mereka dalam lumpur," katanya.
Ahmad Saifuddin pula mempersoalkan bagaimana individu berkenaan boleh memasuki kawasan tersebut.
"Bukankah tempat itu dijaga, macam mana boleh masuk? Geli betul tengok gambar b*****b. Tolong report polis, jadikan bahan bukti," katanya.
Untuk makluman, rakaman kamera litar televisyen tertutup (CCTV) milik JPS boleh diakses di laman sesawang info banjir JPS Selangor oleh orang awam bagi memantau pergerakkan air sungai. Ia memudahkan penduduk di kawasan tersebut untuk berpindah sekiranya paras air semakin naik. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram