[VIDEO] Queensbay Mall dilimpahi air, siling runtuh akibat hujan lebat waktu malam


  • Tular
  • Rabu, 15 Feb 2023

Tangkap layar keadaan aras tiga pusat beli belah Queensbay Mall dilimpahi air dan siling runtuh akibat hujan lebat pada Rabu.

TULAR satu video memaparkan siling sebuah pusat beli belah runtuh dan lantai digenangi air.

Kejadian itu berlaku pusat beli belah Queensbay Mall, Pulau Pinang pada Selasa dan bukan pada Rabu seperti yang ditularkan di media sosial sebelum ini.

Melalui video yang dimuat naik di laman Facebook,Third Papa Darwish pada Rabu memaparkan tingkat tiga pusat beli-belah itu dipenuhi air dan difahamkan kejadian itu dipercayai ekoran hujan lebat yang melanda Pulau Mutiara itu.

"Hati-hati jika ke Queenbay, nampak sangat kerja construction ala balai saja.

"Patut dulu bangunan itu terbiar lama, macam mana boleh dapat kelulusan dari semua jabatan yang terlibat," tulisnya.

Sementara itu, Queensbay Mall dalam satu kenyataan di laman Facebook pada Rabu mengesahkan kejadian tersebut berlaku di premisnya.

“Hujan lebat telah menyebabkan air melimpah ke bahagian pusat beli-belah dan menjejaskan beberapa kedai di Zon Selatan Aras 3, pada pukul 11.10 malam tadi (Selasa).

“Kawasan terjejas telah dibersihkan dan kedai dibuka seperti biasa,”

"Satu bahagian pada Tingkat 3 telah ditutup sementara bagi kerja-kerja penyelenggaraan," katanya dalam satu kenyataan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram